PERTUBUHAN KEBAJIKAN DAR SOLIHIN MUAR

Dimulakan pada Oct 10, 2024

INFAK BERAS DAN BARANGAN ASAS

RM70 / 2.33 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

3 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

KAMI MEMERLUKAN 300 ORANG YANG SUDI MENYUMBANG SERENDAH RM10 UNTUK INFAK BERAS DAN BARANGAN ASAS SEPANJANG BULAN TAHUN 2024.


Kami memerlukan sumbangan dari penderma untuk kami menghulurkan sumbangan kepada asnaf-asnaf di sekitar Daerah Muar. Sasaran kami adalah sebanyak RM 2,000 sebulan.

Dalam usaha untuk membantu mereka yang sedang menghadapi kesusahan, kami dengan sukacitanya melancarkan Infak Barangan Dapur Dan Beras. Kempen ini bertujuan untuk meringankan beban keluarga-keluarga yang terkesan dengan keadaan ekonomi semasa, kehilangan pekerjaan, atau keadaan yang tidak menentu.



Kempen ini menyediakan barangan dapur dan beras kepada keluarga yang menghadapi kesulitan, bagi memastikan mereka mempunyai bekalan yang mencukupi untuk memenuhi keperluan harian. Semoga setiap keluarga yang dibantu mempunyai bekalan makanan yang mencukupi dan berkhasiat, terutamanya bagi golongan yang terdedah seperti kanak-kanak dan warga emas.




NGO DAR SOLIHIN MUAR akan memastikan bahawa setiap keluarga yang dibantu mempunyai sumber makanan yang mencukupi terutamanya bagi golongan fakir miskin dan warga emas. Jom bantu!



Mari kita bersama-sama membantu golongan asnaf, seterusnya dapat meringankan sedikit beban mereka. Sumbangan anda pasti akan membuatkan mereka tersenyum. Seperti janji Allah untuk hambaNya, setiap sedekah itu akan dibalas berlipat kali ganda di akhirat. Kami doakan semoga setiap ringgit yang disedekahkan menjadi jambatan meraih syurga Allah.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Tiada doa

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 12, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Oct 11, 2024

AZUREE HYDANI

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 11, 2024

Kempen Sumbangan Tamat