PIBG SEK KEB KG MAAMOR

Dimulakan pada Sep 22, 2021

INFAK DANA BINA SURAU

RM10,421 / 6.95 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM150,000

252 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

SUMBANGAN IKHLAS ANDA AKAN DIGUNAKAN UNTUK MEMULAKAN PEMBINAAN SURAU SK KG. MAAMOR DAN SEMOGA INFAQ ANDA MENJADI PAHALA YANG BERTERUSAN SELAGI SURAU SEKOLAH INI TEGUH BERDIRI

1.   PENGENALAN

 

SK Kampung Maamor merupakan sebuah sekolah rendah yang terletak di Sungai siput (U), Perak. Sekolah ini di bina pada tahun 1948 dengan nama SK Kg. Mor. Ketika mendapat bangunan baru nama sekolah di tukar kepada SK Kg Maamor pada 13. Mei 1965. Manakala PIBG sekolah ditubuhkan pada tahun 1974 dan mula membantu sekolah untuk membina sebuah surau. Sehinggalah pada tahun 2017 sekolah mendapat kelulusan membina surau namun terhenti kerana tiada dana.

 

2.   KEPERLUAN

            Oleh yang demikian. Timbul keperluan kepada sebuah tempat ibadat untuk menjalankan aktiviti keagamaan dan pembentukan sahsian murid seperti berikut:-

a.     Arahan Jabatan Pendidikan Negeri Perak supaya dijalankan Solat Berjamaah di sekolah (J.PEL.PK.(AM)4928/2 Jld.4 (55)) dan Amali dalam Pendidikan Islam (KPM.100-2/1/1 JLD ( ).

b.     Program Jqaf seperti Tasmik, Bacaan Al-Quran dan Amali Solat juga dijalankan di tempat2 kosong atau kelas dalam keadaan sempit dan berhimpit-himpit.

c.     Sekolah ini tiada bilik kosong untuk dijadikan tempat solat juga menjadi sebab utama kami, pihak sekolah sangat memerlukan bangunan surau untuk menampung jamaah guru (26 orang ) dan murid (150 orang).

d.     Program Solat Hajat dan bacaan Yassin peperiksaan yang melibatkan ibu bapa murid hadir bersama terpaksa dijalankan di dalam kelas yang perlu dibuka dan disusun.

e.     Solat Dhuha dan Bacaan Yassin Minggu setiap hari jumaat dijalankan di tempat perhimpunan dengan membentang kanvas biru. Malah kadang-kadang terpaksa dibatalkan kerana hari hujan

 

            Rentetan dari permasalahan ini, Pihak sekolah dan PIBG telah menubuhkan jawatankuasa bertindak untuk mendapatkan dana bagi pembinaan surau sekolah sejak 2014 lagi. Bermula dengan usaha Pn. Fadhilah diikuti oleh Pn. Amnah dan kini Tn. Haji Ruslan bin Adnan Guru Besar sekolah ini tetap terus berusaha untuk membina surau walaupun berhadapan dengan ketiadaan dana dan masalah birokrasi yang rumit.

 

            Kewujudan surau sekolah ini diharapkan dapat menarik dan menggalakkan individu Islam kea rah mendekatkan diri dengan agama di samping memupuk dan membina akhlak serta keperibadian yang baik. Maka kertas kerja ini cuba memberi gambaran suasana solat murid-murid di sekolah ini disamping untuk menunjukkan harapan kami, kesungguhan, komitednya kami untuk merealisasikan hasrat kepimpinan sekolah dengan sokongan penuh komuniti setempat.

 

            Sehubungan itu, dengan rasa rendah diri kami merayu semua penderma di luar sana untuk membantu dan bersama-sama mengumpul dana bagi tujuan pembinaan surau ini.

 

3.   OBJEKTIF

 

3.1             Membina dan mewujudkan satu tempat ibadat untuk keperluan murid-murid sekolah, guru-guru dan warga sekolah

3.2             Memudahkan sekolah merancang aktiviti keagamaan yang berkaitan dengan subjek Pendidikan Islam.

3.3             Menyemai sahsiah dan ruh agama di kalangan murid-murid sekolah ini.

3.4             Membentuk perpaduan dan kesatuan di antara guru, murid dan komuniti melalui aktiviti keagamaan seperti bulan-bulan Islam.

 

 

4.   RASIONAL

4.1             Ketiadaan surau atau bilik kelas yang boleh dibuat surau sekolah.

4.2             Mempunyai tapak surau yang strategik dan sesuai.

4.3             Aktiviti agama harian , mingguan dan bulanan dapat dijalankan dengan lancar.

4.4             Memudahkan pengajaran dan pembelajaran subjek Pendidikan Islam di sekolah ini.


PENUTUP

Adalah diharapkan kepada semua pihak khususnya Pusat Pengajian Tinggi, Jabatan-jabatan kerajaan, kerajaan negeri, organisasi bebas serta individu dapat memberi kerjasama dan sumbangan ikhlas agar pembinaan surau  dapat direalisasikan demi melahirkan generasi cemerlang dalam kehidupan yang mencabar ini.

 

            Pembinaan surau ini sememangnya ditunggu-tunggu dan sangat diharapkan oleh ibu bapa dan semua warga sekolah Kampung Maamor ini. Kegagalan demi kegagalan serta halangan untuk membangun surau sehingga berlanjutan hamper sepuuh tahun namun masih tidap berdiri surau ini lantaran tiada penumbang yang betul-betul berminat mendirikan tempat solat di sekolah ini.

 

            Pihak jawatankuasa Pembinaan surau berserta Jawatan kuasa PIBG sekolah mengucapkan terima kasih dan mengalu-alukan kepaa semua rakyat Malaysia untuk berinfak dan menderma membantu membina surau ini.



”Sesiapa yang membina rumah Allah di dunia ini nescaya Allah akan membina sebuah istana untuknya diJannah -maksud Hadith

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

MOHAMED SHAHRUDIN BIN YUSOFF

Menyumbang sebanyak RM30.00

Dec 29, 2021

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 29, 2021

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM70.00

Dec 28, 2021

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 28, 2021

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Dec 19, 2021

Kempen Sumbangan Tamat