Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
RM621 / 6.21 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM10,000
35 Penyumbang
10 Baki Hari
Alhamdulillah, masjid adalah rumah Allah SWT, tempat kita bersujud, berzikir, menuntut ilmu dan menyatukan hati umat Islam. Namun, masih ramai masyarakat di pelosok desa yang solat dan belajar di masjid serba kekurangan. Karpet yang usang, dinding yang belum sempurna, dan kemudahan asas yang tidak lengkap membuatkan mereka beribadah dalam keadaan yang jauh daripada selesa.
Baru-baru ini, ASAR Humanity berjaya menghantar wakaf karpet, satu set pembesar suara dan mushaf Al-Quran ke sebuah masjid kecil di Manggarai. Masjid ini asalnya hanyalah rumah lama yang diwakafkan pemiliknya kerana masjid terdekat terlalu jauh, sekitar 5km dari kampung mereka. Walaupun telah digunakan, masjid ini masih dalam proses pembaikan dan sangat memerlukan sokongan daripada kita semua.
“Barangsiapa membina masjid kerana Allah walaupun sekecil tempat burung bertelur atau sekadar lebih kecil, maka Allah akan membina untuknya rumah di syurga.”
(Hadis Riwayat Ibn Majah)

Melalui kempen ini, kami mengajak tuan/puan untuk bersama melengkapkan masjid-masjid yang memerlukan dengan menyumbang melalui Sedekah Karpet Masjid. Sumbangan sekecil satu helai karpet atau satu mushaf Al-Quran boleh memberi manfaat besar kepada jemaah. InsyaAllah, setiap kali mereka rukuk, sujud, membaca Al-Quran dan berzikir di masjid itu, pahala jariah akan terus mengalir kepada kita.

Mari kita sama-sama jadikan masjid bukan sahaja tempat ibadah, tetapi juga pusat ilmu dan tarbiyah yang lebih baik. Semoga wakaf ini menjadi bekalan akhirat kita yang berkekalan. Jom, bersama sedekah karpet, mushaf dan kemudahan masjid. InsyaAllah ganjarannya berkekalan sampai syurga.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Sep 12, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM50.00
Sep 12, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Sep 12, 2025
MOHD SYAHEZAN BIN ABU HASHIM
Menyumbang sebanyak RM10.00
Sep 12, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM125.00
Sep 12, 2025