Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
RM33,858 / 67.72 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM50,000
1609 Penyumbang
268 Baki Hari
Assalamualaikum wbt. Kami ingin mengajak anda semua untuk memudahkan perjalanan ibadah saudara Muslim di Mekah dengan sedekah Al-Quran. Mekah, rumah yang terletaknya Kaabah sentiasa menerima kedatangan masyarakat Muslim di seluruh negara. Oleh itu, menderma Al-Quran di kota suci ini adalah satu peluang untuk memperolehi keberkatan dan nikmat yang bertambah.
Tambahan pula, menderma Al-Quran merupakan satu bentuk sedekah jariyah selagi ada insan yang membacanya walaupun selepas penderma telah meninggal dunia. Di tempat yang penuh dengan aktiviti ibadah seperti Mekah, penggunaan Al-Quran yang disumbangkan menjadi kerap dan meluas, sekali gus memaksimumkan pahala berterusan untuk penderma.
Sungguh mudah sebenarnya untuk kita meraih pahala, namun kita sering kali takut akan kekurangan duit jika bersedekah. Sebagai manusia yang sentiasa alpa, kita memang lupa bahawa rezeki itu datangnya daripada Tuhan yang Maha Kaya.
Sedekah Al-Quran di Mekah ini juga memberi kemudahan beribadat secara langsung untuk berjuta-juta umat Islam. Mekah menjadi tuan rumah berjuta-juta jemaah setiap tahun semasa haji dan umrah, kebanyakan mereka mungkin tidak membawa salinan peribadi Al-Quran kerana kekangan perjalanan. Dengan menyediakan All-Quran, para penderma secara langsung membantu mereka mendapatkan sumber naskah Al-Quran dengan mudah.
“Apabila matinya seseorang anak Adam itu maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah , ilmu yang dimanfaatkannya dan anak yang soleh yang sentiasa mendoakan kepada kedua ibubapanya.”
(Hadis Riwayat Muslim)
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Nov 06, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Nov 06, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Nov 06, 2024
NASYAIRI BIN MAT NASIR
Menyumbang sebanyak RM50.00
Nov 06, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM50.00
Nov 05, 2024