Persatuan Pengguna Islam Malaysia

Dimulakan pada Mar 02, 2023

INFAQ RAMADHAN KOTA SUCI MEKAH 2023

RM131,168 / 100.90 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM130,000

5338 Penyumbang

Kempen Berjaya

Kongsi:

Tentang Kempen

Jom kita bersama-sama menambah amal puasa kita. "Siapa memberi makan orang yang berpuasa, maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa tersebut, tanpa mengurangi pahala orang yang berpuasa itu"


Ramadhan Al-Mubarak bulan yang penuh dengan keberkatan yang amat dinanti-nantikan kebanyakan umat Islam kerana pada bulan ini baik miskin mahupun kaya, berlumba-lumba membuat amal ibadat. Pada saat golongan fakir dan miskin terus dalam keadaan serba kekurangan meskipun sudah tiba waktu berbuka puasa, kita pula bermewah-mewahan ketika membeli makanan yang akhirnya berlaku pula pembaziran ketika berbuka. Ini antara perkara yang perlu direnungi dalam bulan yang mulia ini.




Lantaran itu, di bulan mulia yang bakal menjelma ini, kami di PPIM mengambil inisiatif untuk melancarkan kempen Infak Ramadhan Kota Suci Mekah 2023 untuk semua golongan yang kurang berkemampuan khususnya di sekitar Kota Mekah. Tanpa mengira besar ataupun kecil, yang penting fadhilat serta ribuan pahala dijanjikan Allah SWT perlu direbut umat Islam sepanjang bulan ini.




Target sasaran kami akan digunakan untuk memberi agihan makanan dan daging bagi aktiviti berbuka puasa dan bersahur khusus di bulan Ramadhan kepada golongan yang memerlukan disana. Bagi yang belum tahu, sebahagian daging sembelihan akan diedarkan kepada penduduk dan pekerja susah di sekitar Tanah Suci Mekah. Jika ada yang tanya, ada ke orang susah di Mekah?


Ya memang ada. Mana-mana negara pun semestinya ada orang susah. Pemandu teksi, pekerja buruh, anak yatim, pelarian, ibu tunggal dan lain-lain sentiasa ada di mana-mana.



Nabi Muhammad SAW Bersabda, “Barang siapa yang memberi makan kepada seorang mukmin, sehingga dapat mengenyangkannya dari kelaparan, maka Allah akan memasukkannya ke dalam salah satu pintu syurga yang tidak dimasuki oleh orang lain kecuali oleh orang-orang sepertinya.”

(HR. Thabrani)



Semoga jasa baik para dermawan akan dibalas oleh Allah SWT dengan ganjaran pahala yang berlipat kali ganda. Walaupun jasad kita tidak berada di sana, tetapi biarlah sedekah kita terus berlegar-legar di bumi Makkah Al-Mukarramah.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

avatar

Nur Alieya Binti Abdul Jamal

Jumlah: 1

avatar

Haskhalinda Binti Nasarudin

Jumlah: 1

Senarai Sumbangan

NAZARUL HAZARYNA BINTI MOHD HANIFFA

Menyumbang sebanyak RM100.00

Apr 14, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Apr 14, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Apr 14, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Apr 14, 2023

ZUBAIDAH

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 14, 2023

Kempen Sumbangan Tamat