ILTIZAM RELIEF SOCIETY

Dimulakan pada Apr 18, 2025

INFAK SEGERA RAKYAT YAMAN KELAPARAN

RM1,020 / 2.04 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM50,000

43 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Mereka yang terpaksa meninggalkan rumah akibat peperangan dan kini tinggal di kem-kem pelarian tanpa akses kepada makanan yang mencukupi memerlukan bantuan kita segera.


Krisis kemanusiaan yang berlarutan di Yaman telah menjadikan negara ini antara yang paling terjejas di dunia. Lebih 17 juta rakyat Yaman kini berdepan dengan krisis kebuluran yang kronik, dengan jutaan kanak-kanak mengalami kekurangan zat makanan yang serius. Konflik yang berpanjangan bukan sahaja meragut nyawa, malah telah menghancurkan sistem bekalan makanan, ekonomi dan kemudahan asas. Ini menjadikan makanan seharian satu kemewahan yang sukar digapai.



Sebagai respons terhadap krisis ini, Iltizam melancarkan Projek Bakeri di Yaman sebagai satu ikhtiar untuk mengurangkan penderitaan mereka yang terjejas, khususnya pelarian dan komuniti rentan di sekitar bandar Taiz, selatan Yaman.



Dalam keadaan kritikal di Yaman, roti adalah makanan ruji yang murah, mudah dihasilkan dan mengenyangkan. Ia menjadi sumber tenaga penting kepada ribuan keluarga yang terputus bekalan makanan. Dengan setiap sumbangan yang anda berikan, anda membantu memastikan ada roti di tangan anak kecil yang kelaparan.



Projek ini bukan sekadar roti, ia adalah simbol kasih sayang dan solidariti sesama manusia. Dengan hanya RM5, anda boleh menyumbang kepada penghasilan satu buku roti yang bakal menjadi penyambung nyawa buat seorang saudara kita di Yaman. Bersama kita tinjau pintu rahmat, dan hulurkan bantuan.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Laporan Kempen

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 25, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM15.00

Apr 25, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 25, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 25, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 25, 2025

Kempen Sumbangan Tamat