KELAB KOMUNITI JOM BANTU SABAH

Dimulakan pada Apr 12, 2022

BAIK PULIH DAN PEMBINAAN INFRASTRUKTUR SURAU

RM3,425 / 6.23 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM55,000

147 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Semoga sumbangan YBhg. Datuk/ Datin/ Tuan/ Puan dapat membantu proses baik pulih surau ini dan secara tidak langsung menambah saham akhirat para penyumbang. InshaAllah…


Bismillahirrahmanirrahim & Assalamualaikum. “Dan apa sahaja yang kamu dermakan maka Allah akan menggantikannya, dan dialah juga sebaik-baik pemberi Rezeki”. ( Surah Saba’ : Ayat 39 )


Untuk makluman, surau ini sedang dalam mengumpul dana untuk proses baik pulih dan pembinaan infrastruktur surau. Pembaikan dan pembinaan melibatkan zink, tandas, tangki air, tempat berwuduk, pintu, kipas, pemasangan lantai seramik, pembinaan pagar sekeliling, penyambungan bekalan elektrik dan keperluan pembelajaran mualaf serta pelajar-pelajar KAFA seperti whiteboard, kerusi, meja, Al-Quran, Muqaddam / Iqra dan lain-lain. Jumlah anggaran kos diperlukan adalah RM55,000.00 termasuk kos upah baik pulih dan pembinaan surau.


GAMBAR SURAU




Note :

1. Perlukan pembinaan pagar sekeliling surau bagi mengelakkan binatang ternakan seperti lembu / kerbau memasuki kawasan tersebut.

2. Perlu penyambungan bekalan elektrik.


TANDAS SURAU



Note : Baik pulih


TEMPAT BERWUDUK DAN PINTU SURAU


Note : Baik pulih


RUANG SURAU, KIPAS DAN KELENGKAPAN SURAU.




Note :

1. Pembinaan lantai seramik.

2. Kelengkapan / keperluan pembelajaran mualaf serta pelajar-pelajar KAFA seperti Rak buku, whiteboard, kerusi, meja, Al-Quran, muqaddam / Iqra dan lain-lain.

3. Perlu kipas.


TANGKI AIR



Note : Pembinaan tempat letak tangki air agar lebih kukuh dan selamat.


BUMBUNG SURAU.



Note : Baik pulih / ganti zink rosak akibat ribut.


Baik pulih dan pembinaan surau ini sangat penting untuk proses pendidikan dan tarbiah bagi mualaf dan pelajar-pelajar KAFA disekitar kampung ini ( Kg. Dudar, Kota Belud Sabah ).


Sehubungan dengan ini, AJK baik pulih dan Ahli-ahli kariah mengalu-alukan sumbangan daripada YBhg. Datuk/ Datin/ Tuan/ Puan untuk mengumpul dana tersebut.


“Lakukanlah kebaikan sekecil apapun, kerana engkau tidak pernah tahu,kebaikan apa yang akan memasukkanmu ke syurga” - Imam Hasan Al-Basri


Marilah kita bersedekah untuk merancang kehidupan yang indah di alam kubur dan akhirat. Bagi baik pulih dan pembinaan rumah Allah ini untuk membantu menyediakan kemudahan serta keselesaan kepada saudara kita di Kg. Dudar, Kota Belud Sabah ini banyak manfaatnya yang saudara kita dapat.


Hadis Rasulullah SAW “Sesiapa yang membangunkan sebuah masjid kerana ALLAH walau sekecil apa pun, maka ALLAH akan membangunkan untuknya sebuah rumah di Syurga” – Riwayat Al-Bukhari & Muslim.


Jangan bimbang dengan sedekahmu yang kecil, sesungguhnya setiap harta benda / wang ringgit yang dikeluarkan ke jalan Allah pasti menerima ganjarannya.


Sebarang pertanyaan boleh hubungi;

Pengerusi Surau : Ustaz Mohd Noor ( 010-585 4169 )

Guru KAFA : Ustazah Nur Hafizah ( 018-874 8457 )

Bendahari Surau / Penyelaras Program Baik pulih surau :

En. Mohd Manuel Magundali Abdullah ( 013-918 1883 )


Semoga sumbangan YBhg. Datuk/ Datin/ Tuan/ Puan dapat membantu proses baik pulih surau ini dan secara tidak langsung menambah saham akhirat para penyumbang. InshaAllah…


Terima kasih.


Sila Kongsi. Semoga mesej ini berpanjangan dan mencapai matlamat. InshaAllah.


Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

avatar

Nurul Hidayah Harmizan

Jumlah: 1

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 23, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 09, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 08, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Nov 25, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Nov 21, 2022

Kempen Sumbangan Tamat