BINA TEMPAT TAPAK TANGKI AIR UNTUK MELETAK TANGKI AIR

Dimulakan pada:
16 Oct, 2025
BINA TEMPAT TAPAK TANGKI AIR UNTUK MELETAK TANGKI AIR
29.00%
RM870
/RM3,000
45
penyumbang
-
baki hari

Tentang Kempen

Mari bersama kami membina tapak tangki air ini sebagai simbol kasih, keprihatinan dan amal jariah yang kekal hingga ke akhirat.
Air merupakan keperluan asas yang utama dalam kehidupan seharian. Tanpa air, urusan kebersihan, ibadah, dan pembelajaran tidak dapat dijalankan dengan sempurna. Namun, di maahad tahfiz kami, sering be...
Mari bersama kami membina tapak tangki air ini sebagai simbol kasih, keprihatinan dan amal jariah yang kekal hingga ke akhirat.


Air merupakan keperluan asas yang utama dalam kehidupan seharian. Tanpa air, urusan kebersihan, ibadah, dan pembelajaran tidak dapat dijalankan dengan sempurna. Namun, di maahad tahfiz kami, sering berlaku kekurangan bekalan air yang kadang menyukarkan aktiviti pelajar di sini. Pihak maahad berusaha mendapatkan tangki air tambahan bagi mengatasi masalah tersebut.



Sehubungan itu, kami sedang membina tapak tempat tangki air bagi menyediakan ruangan tapak yang kukuh dan kuat bagi menempatkan tangki-tangki air tambahan ini. Pihak kami melancarkan kempen Infaq Pembinaan Tapak Tangki Air bagi membina struktur tapak kukuh, yang mampu menampung tangki air untuk kegunaan harian asrama dan surau tahfiz.



Melalui sumbangan ini akan digunakan bagi membeli simen, dan pasir bagi menyelesaikan pembinaan tapak ini. Dengan adanya tapak tangki air ini, para pelajar dapat menikmati bekalan air yang mencukupi untuk mandi, berwuduk, mencuci pakaian, dan menjalani kehidupan harian dengan lebih selesa. Selain itu, ia juga memastikan kelancaran aktiviti keagamaan serta pembelajaran Al-Quran tanpa gangguan akibat masalah kekurangan air.



Kami menyeru kepada semua insan budiman untuk bersama-sama berinfaq dalam projek ini. Sumbangan anda, walau sekecil mana pun, sangat bermakna dalam membina kemudahan asas yang memberi manfaat jangka panjang. 


“Jauhilah api neraka, walau hanya dengan bersedekah sebiji kurma.” (Riwayat Ahmad)


Setiap titisan air yang digunakan untuk berwuduk, mandi, memasak, atau menghilangkan dahaga akan menjadi ganjaran pahala yang berlipat ganda di sisi Allah SWT.


Jom #BuatBaik!

Laporan Kempen

Tiada perkembangan

Rujukan Terkini

Tiada Rujukan Terkini

Belum ada yang merujuk kempen ini

!
Anda merasa kempen mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Senarai Penyumbang

Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Nov 11, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Nov 10, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Nov 08, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Nov 07, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Nov 04, 2025

Kongsi kempen

Whatsapp
Telegram
Lain-lain

Kempen yang mungkin anda berminat

BANTUAN CUCI LUKA UNTUK PESAKIT TEKANAN ULSER
10000 PEK MAKANAN DI EMERGENCY KITCHEN UNTUK MANGSA BANJIR
ZAHIRKAN RASA SYUKUR DENGAN HADIAHKAN PENDUDUK SOMALIA KOMPLEKS AIR BERSIH
SUMBANGAN MAKANAN HARIAN UNTUK PUSAT JAGAAN WARGA EMAS
BANTUAN IBU TUNGGAL YANG HIDUP DALAM KESUSAHAN
Kempen Sumbangan Tamat