INFAQ / SUMBANGAN MEMBELI BANGUNAN SEKOLAH

RM16,439 / 1.64 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM1,000,000

283 Penyumbang

Tiada Tarikh Akhir

Kongsi:

Tentang Kempen

Infaq & Sumbangan Dana Membeli Bangunan Sekolah Yang DisewaSabda Rasulullah SAW:"Sedekah dapat menghapus dosa sebagaimana air memadam api"(Hadith Riwayat Tarmidzi)Sekolah Saran mula beroperasi dar...
Infaq & Sumbangan Dana Membeli Bangunan Sekolah Yang Disewa
Sabda Rasulullah SAW:
"Sedekah dapat menghapus dosa sebagaimana air memadam api"
(Hadith Riwayat Tarmidzi)

Sekolah Saran mula beroperasi dari tahun 2002 di Bandar Sungai Buaya. Pada tahun 2013, Sekolah Saran telah berpindah ke Bukit Sentosa, Rawang. Sehingga tahun 2020 ini, Sekolah Saran mempunyai sistem pendidikan yang lengkap iaitu bermula dari tadika, sekolah rendah dan sekolah menengah.
Semua sekolah ini beroperasi di lot bangunan kedai yang disewa di alamat Jalan Seroja 1A, Bukit Sentosa, 48300 Rawang, Selangor.

Berikut adalah unit-unit bangunan kedai yang disewa:
1. No. 57, Sekolah Rendah Islam Integrasi & Tahfiz Saran
2. No. 43, Sekolah Menengah Agama Saran & Tahfiz (SMAS)
3. No. 38, Tadika Integrasi & Tahfiz Saran
4. No. 39-1, Asrama Muslimat
5. No. 41-1, Asrama Muslimin

Sekolah Saran berhajat untuk membeli bangunan yang disewa sekarang bagi menjamin perkhidmatan yang berterusan untuk mendidik generasi Huffaz integrasi yang Robbani. Oleh itu, Sekolah Saran memerlukan dana infaq atau sumbangan dari penyumbang yang dirahmati Allah. Semoga sumbangan tersebut menjadi amal jariah di akhirat kelak.
Jumlah dana yang diperlukan untuk membeli bangunan adalah seperti di bawah:
1. RM 700,000.00 – Sekolah Rendah
2. RM 600,000.00 – Sekolah Menengah
3. RM 500,000.00 – Tadika dan Asrama

Firman Allah SWT:
"Bandingan derma orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai. Tiap-tiap tangkai mengandungi seratus biji. Dan ingatlah Allah akan melipat gandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya.
(Al-Baqarah: 216)

Setakat ini jumlah keseluruhan pelajar Sekolah Saran adalah 206 orang. Tenaga pengajar pula adalah berjumlah 20 orang dan kakitangan sokongan seramai 3 orang. Sekolah Saran menawarkan peperiksaan UPKK, UPSR dan PSRA pada peringkat sekolah rendah. Manakala peperiksaan PT3, SMA dan SPM pula ditawarkan untuk sekolah menengah.

Dalam tempoh operasi sekolah selama 18 tahun ini, Sekolah Saran berhasrat dan bercita-cita untuk memiliki bangunan sendiri. Namun, kekangan kewangan yang dihadapi oleh sekolah menyebabkan hasrat ini belum dapat dicapai. Ini kerana pihak sekolah hanya bergantung pada yuran bulanan pelajar sepenuhnya untuk menampung segala kos perbelanjaan operasi sekolah seperti sewa bangunan, gaji guru, membeli prasarana sekolah dan juga membaik pulih kerosakan sekolah. Oleh itu, sehingga kini dana untuk membeli bangunan yang disewa ini tidak berjaya dikumpulkan. Semoga harapan besar ini dikabulkan Allah kelak. Aamiin.
Pihak sekolah ingin merayu kepada para penyumbang untuk membantu pihak Sekolah Saran merealisasikan harapan memiliki bangunan sendiri. Tambahan lagi, dalam kekangan PKPB yang memberi kesan besar pada pihak sekolah kerana banyak yuran pelajar yang tertunggak, menjadikan pihak sekolah berusaha dengan cara mencari infaq/sumbangan ini.

Dari Abu Hurairah r.a. dari Nabi SAW, baginda bersabda:
"Barangsiapa membebaskan orang mukmin dari kesempitan dunia, maka Allah akan membebaskannya dari kesempitan hari kiamat, dan barangsiapa memudahkan orang yang mengalami kesulitan maka Allah akan memberi kemudahan kepadanya di dunia dan akhirat.
(Hadith Riwayat Tarmidzi)
Pihak Sekolah mendoakan agar para penyumbang sekalian diberkati hidup dan diberikan kesihatan yang baik dan seterusnya dimudahkan HISAB di akhirat kelak atas "ASBAB" infaq/sumbangan yang dihulurkan. Aamiin.
Segala pertanyaan boleh hubungi Mudirah Sekolah Saran di talian:
012-207 9276 (Ustazah Azizah binti Mat Nor)

Facebook Page:
https://www.facebook.com/SriIntegrasiTahfizSaran/
https://www.facebook.com/smas.bukit.sentosa/
https://www.facebook.com/TadikaSaran/
Jazakumullah, syukran kathiran.

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

SALINA ADNAN

Menyumbang sebanyak RM2,000.00

Apr 12, 2021

NIK YUSSRI BIN CHE YA

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 06, 2021

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Feb 24, 2021

MOHD ZAFRAN

Menyumbang sebanyak RM25.00

Feb 19, 2021

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM500.00

Feb 16, 2021