PERTUBUHAN KEMANUSIAAN TANPA SEMPADAN

Dimulakan pada Apr 02, 2024

PAHALA BERPANJANGAN SEPERTI AIR MENGALIR BUAT IBU AYAH KITA

RM1,355 / 9.03 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM15,000

55 Penyumbang

60 Baki Hari

Kongsi:

Tentang Kempen

Infaq Telaga Air Bersih untuk Pusat Pengajian Raudhatul Walidain. Pusat ini menempatkan warga emas serta memberikan pendidikan pengajian Al-Quran dan agama secara percuma.


Pondok Pengajian Raudhatul Walidain merupakan pondok yang menempatkan warga emas yang terletak di Kampung Tembak ‘A’ Baling, Kedah. Buat masa sekarang, seramai 30 orang warga emas menghuni pondok ini. Kebanyakan mereka menghabiskan masa dengan pengajian agama di pondok ini.



Daripada Abu Hurairah RA, Sabda Rasullullah SAW:

“Sesungguhnya yang didapati oleh orang yang beriman dari amalan dan kebaikan yang dia lakukan sebelum mati adalah: Ilmu yang diajar, Anak Soleh yang ditinggalkan, Sungai (Air) yang dialirkan untuk kegunaan orang ramai.”
(HR Ibnu Majah)


Antara yang menyentuh hati, penghuni di sini juga terdiri daripada warga emas yang ditinggalkan keluarga, tiada waris dan berbagai lagi latar belakang.


Air Yang Ada Tidak Mencukupi Untuk Kegunaan Harian Penghuni

Permasalahan yang berlaku ketika ini adalah air yang sedia ada tidak mencukupi untuk penghuni pondok yang terdiri daripada warga emas ini melaksanakan aktiviti harian mereka. Telaga air boring sedia ada tidak dapat menyalurkan keperluan air bersih mencukupi untuk kegunaan harian warga pondok dan ada kalanya terputus disebabkan tekanan yang rendah.


Melihat kepada masalah air yang merupakan keperluan asas manusia, Pertubuhan Ihsan Madani mengambil inisiatif mengajak para dermawan di luar sana untuk bersama-sama membantu warga pondok mendapatkan sumber air yang mencukupi. Tambahan lagi, Ramadhan bakal meninggalkan kita untuk memastikan keperluan sepanjang bulan selesai Ramadan.


InshaAllah sumbangan tuan/puan bagi projek ini akan dimanfaatkan kepada penuntut-penuntut ilmu di sini di kalangan warga emas, anak yatim, fakir dan miskin. Setiap air yang mengalir pagi penuntut-penuntut ilmu ini akan menjadi jariah buat anda di akhirat kelak. 

Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

IMRAN MUSTAPHA

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 22, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 17, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 15, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM20.00

Apr 15, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 14, 2024