MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH

Dimulakan pada Mar 17, 2023

INFAQ AIR MINUMAN IFTAR BULAN RAMADHAN PELAJAR TAHFIZ

RM615 / 12.30 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM5,000

33 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Ayuh infaq air minuman iftar buat pelajar tahfiz di kesempatan bulan Ramadhan tahun ini yang bakal tiba beberapa hari lagi.


Assalamualaikum wbt muslimin dan muslimat yang dikasihi Allah SWT. Pihak jawatankuasa Maahad Tahfiz Al-Quran Nurul Hidayah Ayer Hitam, Kedah telah mengambil inisiatif untuk mengadakan kempen infaq air minuman iftar bulan Ramadan buat 70 orang pelajar tahfiz di sini. Ia adalah untuk minuman anak-anak tahfiz kami di sini saat mereka ingin berbuka puasa dan juga selepas selesai solat terawih serta majlis tahlil juga doa selamat.



Air adalah sumber asas kehidupan manusia lebih-lebih lagi golongan pencinta Al-Quran ini untuk membaca Al-Quran. Akhlak yang mulia dengan membantu golongan yang memerlukan adalah seperti buah dan haruman bunga daripada pokok Islam. Petani yang cakna hasil tanamannya akan sentiasa membelai pokok dengan baja dan siraman yang baik demi mendapat buah serta bunga terbaik. Begitulah perumpamaan bagi akhlak yang mulia. Ia perlu dilatih dari awal dan berterusan



Abdullah Ibn ‘Abbas pernah ditanya apakah amal kebajikan paling utama dilakukan? Beliau menjawab: “Memberi air (minuman) kepada orang. Mengapa? Tidakkah kamu membaca bagaimana ahli neraka pun mengharapkan curahan air dari ahli syurga.” (Tafsir Ibn Kathir & Tafsir al-Qurtubi). Kata-kata beliau itu dipetik daripada firman Allah: “(Tuhan menerangkan pula kehinaan ahli neraka dengan firmannya): ahli neraka menyeru ahli Syurga (dengan berkata): “Limpahkanlah kepada kami sedikit daripada air atau daripada rezeki (makanan) yang telah dikurniakan Allah kepada kamu”. Mereka (ahli Syurga) menjawab: “Sesungguhnya Allah telah haramkan kedua-duanya kepada orang kafir.” (Al-A’raf, 7:50)




Akhir kata pihak maahad mengucapkan jazakumullahu khairan jaza kepada para dermawan yang menyumbang untuk menjayakan kempen infaq air minuman buat puluhan para pelajar tahfiz di sini sepanjang ramadhan nanti. Usah bertangguh untuk bersedekah yang pahalanya akan sentiasa mengalir buat kalian hingga ke akhirat kelak. Semoga sedekah yang diberikan memberikan kebaikan dan pahala yang melimpah buat penderma serta memberikan kebahagiaan bagi penerima manfaatnya.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 18, 2023

ELYNA

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 18, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM20.00

Mar 18, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 18, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM100.00

Mar 17, 2023

Kempen Sumbangan Tamat