Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
RM160 / 5.33 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000
12 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Air adalah perantara terbaik untuk kita bersedekah, kerana sedekah dari air adalah sedekah jariyah yang tidak akan pernah berakhir dengan pahala, inshaAllah. Raih pahala jariyah dengan menyumbangkan air minuman kepada pelajar maahad tahfiz yatim!

"Sedekah yang terbaik adalah sedekah air" (HR Ahmad dan Abu Dawud)

Lebih-lebih lagi jika air tersebut diberikan kepada pelajar tahfiz yatim piatu yang sedang menuntut dan memerlukan air untuk menjaga kesihatan dan menumpukan perhatian menghafaz Al-Quran.

InshaAllah setiap teguk air yang mereka minum menjadi sumber tenaga buat mereka. Dalam setiap tegukan itu mengandungi pahala yang akan mengalir kepada anda sebagai orang yang bersedekah.

Asar Humanity menjemput anda kembali untuk meneruskan sedekah kepada pelajar tahfiz yatim dalam bentuk air minuman. Semoga sedekah anda menjadi salah satu sebab doa anda sekeluarga dimakbulkan. Amin.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Mengalirkan Harapan, Menyucikan Kehidupan
Alhamdulillah, ASAR Humanity telah berjaya menghantar bantuan air bersih untuk sebuah Pusat Quran dan penduduk sekitar di kawasan pedalaman Jawa Barat.

Di kawasan ini, air yang tersedia agak keruh dan memerlukan penapis untuk boleh diminum. Kadangkala, sumur yang menjadi sumber air utama juga tidak menghasilkan air yang bersih, memaksa para pelajar dan penduduk untuk mencari air bersih di sungai yang jauh.

Kami menggunakan perahu kecil untuk menghantar air bersih kepada mereka. Alhamdulillah, kegembiraan jelas terpancar di wajah anak-anak dan penduduk setempat.
Semoga usaha kecil ini dapat menjadi langkah awal untuk membina telaga air bersih yang lebih baik dan berterusan di kawasan ini.

Terima kasih kepada semua penyumbang yang telah bersama ASAR Humanity dalam membawa air bersih, harapan dan senyuman untuk komuniti ini.
Mari teruskan misi kebaikan ini, kerana setiap sen yang kita hulurkan membawa harapan untuk mereka!
Air Bersih untuk Maahad dan Warga Kampung Blukbuk
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Alhamdulillah, ASAR Humanity berjaya menghantarkan 8,000 liter air bersih untuk Maahad Ashabul Kahfi dan warga Kampung Blukbuk di bekasi yang masih menghadapi kesulitan mengakses air bersih, meskipun kini sedang musim hujan.

Warga menyambut penuh kegembiraan atas bantuan ini dan mengucapkan terima kasih kepada para penderma yang telah menyokong misi ini.

Jom teruskan perjuangan ini untuk membantu lebih ramai lagi yang memerlukan!
https://sumbangan.com/sedekahloriairbersihuntukasnaf2
Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
ASAR Humanity Team
#ASARHumanity
#AirUntukSemua
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Nov 05, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Nov 04, 2024