MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH

Dimulakan pada Feb 03, 2023

SUMBANGAN ALMARI BESI UNTUK KEMUDAHAN PELAJAR

RM1,115 / 11.86 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM9,400

40 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

SEDEKAH ALMARI UNTUK PELAJAR TAHFIZ ASNAF DAN ANAK YATIM. BANTU SEDIAKAN ALMARI TERBAIK BUAT ANAK-ANAK SYURGA INI. SETIAP KEBAIKAN PEYUMBANG AKAN MENJADI MUTIARA DAN JUGA DOA BUAT PARA PELAJAR KAMI.


Sebagai agama yang mengajarkan berbagai kebaikan, sedekah jariyah menjadi salah satu ibadah yang paling besar pahalanya kerana sangat membantu umat manusia. Amalan seperti ini juga dapat menghapus dosa. Berapapun sedekah yang dikeluarkan pasti akan ada imbalannya daripada Allah SWT. Sebagaimana disebutkan dalam firman Allah


“Maka Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan sebesar Zarrah, nescaya dia akan melihat (balasan) nya.” (S. Al- Zalzalah :7)



Maahad Tahfiz Al-Quran Nurul Hidayah sehingga saat ini masih berusaha untuk memenuhi keperluan sarana dan prasarana yang terbaik bagi para pelajar di sini. Dengan bertambahnya jumlah pelajar maahad, maka bertambah pula sarana dan prasarana yang harus disediakan. Salah satunya adalah almari baju untuk menyimpan semua perlengkapan pelajar selama mereka belajar di maahad.

Sehubungan itu, pihak maahad berbesar hati membuka peluang bagi para dermawan untuk menabung pahala melalui sedekah almari untuk kegunaan harian anak-anak tahfiz. Selagi masih ada kesempatan diberi umur yang panjang dan nikmat rezeki, ayuh berlumba-lumba untuk melakukan amal kebaikan dan selalu niatkan amal semata-mata karena mengharap leredhaan Allah SWT.



Mari rebut ladang amal pahala di bulan Rejab yang mulia ini dengan bantu menyediakan almari terbaik buat penghafaz Al-Quran ini. Setiap sumbangan kalian akan menjadi mutiara dan pencetus semangat untuk mereka belajar Al-Quran dengan membantu hadirnya prasarana yang selesa bagi kemudahan mereka.



Pihak Maahad berhasrat ingin membeli almari jenis besi buat kemudahan para pelajar. Ini adalah kerana ciri-cirinya yang tahan lama, tidak berkarat dan tidak mudah rosak. Pembelian almari besi ini bertujuan untuk menggantikan almari kayu lama yang telah rosak dimamah usia. Harga seunit adalah Rm235. Pihak Maahad memerlukan 40 unit almari besi bagi kemudahan dan keselesaan para pelajar.



Akhir kata, pihak maahad mengucapkan jazakumllahu khairan jaza. Terima kasih semua di atas kemurahan dan kebaikan hati membantu infaq almari besi buat anak-anak tahfiz disini. Yakinlah bahawa sedekah tidak akan pernah membuat kita menjadi miskin. Sebaliknya, setiap harta yang disedekahkan akan diganti menjadi rezeki lain yang lebih luas daripada Allah SWT. 


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

KHAIRUL EFFENDY BIN KHAIRUL ANUAR

Menyumbang sebanyak RM10.00

Feb 12, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Feb 09, 2023

MARLINA EFFENDY AISY SALIYAH ANUAR

Menyumbang sebanyak RM10.00

Feb 09, 2023

EFFENDY ANUAR SALIYAH MARLINA AISY

Menyumbang sebanyak RM10.00

Feb 08, 2023

MS

Menyumbang sebanyak RM10.00

Feb 08, 2023

Kempen Sumbangan Tamat