RAYUAN DANA PROJEK INFAQ AL QURAN FASA 1 TAHUN 2024

RM39 / 1.30 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

2 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

MARI BERSAMA MENGUMPUL PAHALA DENGAN MENYALURKAN SUMBANGAN ANDA KEPADA KEMPEN INFAQ AL-QURAN UNTUK PELAJAR MISKIN.


Assalamualaikum wbt. dan salam sejahtera. Alhamdulillah, kali ini kami melancarkan Projek Infaq Al-Quran 2024 dalam usaha menjayakan Kempen Infaq Lestari dengan melaksanakan program Infaq Al-Quran 1.0 untuk pelajar miskin atau sasaran yang memerlukan. 



Seramai 150 orang yang layak disasarkan sebagai penerima infaq kali ini, yang tergolong daripada pelajar yang datang dari keluarga miskin. Agihan ini akan dilakukan ke seluruh Malaysia mengikut keperluan dari masa ke semasa. Setiap sumbangan anda amat besar nilainya, ia juga tidak dapat diukur dengan berapa banyak nilai yang anda berikan. Namun, ia terletak dengan keikhlasan yang indah di dalam hati kita.



Terima kasih atas sumbangan semua. Setiap sumbangan anda amat bermakna bagi mereka yang memerlukan. Marilah kita menjadi sebahagian daripada hamba Allah yang memberi manfaat kepada hambaNya yang lain. Semoga Allah gantikan setiap kebaikan kita dengan gunung-gunung emas di syurga kelak, Allah berikan rezeki yang barakah seperti mengalirnya air zamzam, dan Allah makbulkan segala doa dan permintaan yang kita perlukan di dunia dan akhirat.




Nabi Muhammad S.A.W. bersabda yang maksudnya: “Sesiapa yang melepaskan satu kesusahan seorang Mukmin, pasti Allah akan melepaskan daripadanya satu kesusahan pada hari kiamat. Sesiapa yang menjadikan urusan orang lain mudah, pasti Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan di akhirat.” (Hadis riwayat Muslim).


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Tiada doa

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

MUHAMMAD AKRAM

Menyumbang sebanyak RM29.00

Jan 13, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 04, 2024

Kempen Sumbangan Tamat