INFAQ AL QURAN DI SURAU PEDALAMAN SEKITAR SARAWAK FASA 3

RM430 / 14.33 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

26 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Jom bantu Pertubuhan Kebajikan Kasih Sayang Daerah Sibu untuk mengagihkan naskah Al-Quran di surau pedalaman Sarawak. Ini merupakan peluang untuk kita bersama mencari pahala yang akan terus mengalir.


Assalammualaikum dermawan sekalian. Sebanyak RM3,000 dana diperlukan bagi menjayakan kempen Sedekah Al-Quran Fasa 3 untuk membantu setiap surau di pedalaman Sarawak terutamanya daerah Daro. Kami juga berharap melalui sumbangan ini setiap surau mempunyai Al-Quran yang baru serta mampu melahirkan lebih ramai lagi golongan pencinta Al-Quran.


Kempen fasa 3 ini merupakan kesinambungan daripada fasa 2 yang telah tamat pada bulan Julai yang lepas di mana sebanyak RM430 telah berjaya dikumpulkan hasil sumbangan para dermawan di dalam ini.



Hasil kempen pada fasa 2 yang lepas

Objektif utama kami ialah untuk memastikan setiap surau mempunyai naskah Al-Quran yang dalam keadaan baik bagi memudahkan para jemaah menggunakannya. Al-Quran tersebut menjadi keutamaan kami kerana kami percaya dan yakin ianya perlu dijadikan sebagai pilihan kita semua untuk disedekahkan kepada surau yang terpilih untuk ditukar dari Al-Quran yang lama kepada Al-Quran yang baru untuk keperluan para jemaah yang hadir. Setiap surau akan menerima sekurang-kurangnya tidak kurang dari 50 buah naskah Al-Quran bagi menggantikan Al-Quran yang telah usang dan rosak.



Contoh Al-Quran yang akan kami beli dan edarkan di setiap surau di pedalaman Sarawak yang memerlukan.




Antara surau yang berada di pedalaman Sarawak yang memerlukan perhatian untuk ditambah atau diganti jumlah Al-Quran


Rasulullah SAW bersabda, “Apabila anak Adam (manusia) meninggal dunia, maka terputuslah semua (pahala) amal perbuatannya kecuali tiga macam perbuatan, iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang mendoakannya.“ (Hadis Riwayat Muslim)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

SARIANNA

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 23, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 21, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 20, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 16, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 16, 2023

Kempen Sumbangan Tamat