Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
PERTUBUHAN ANAK YATIM MISKIN KELANTAN
Dimulakan pada Aug 27, 2024
RM660 / 1.32 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM50,000
8 Penyumbang
299 Baki Hari
Perkhidmatan ambulan ini amat diperlukan bagi melebarkan perkhidmatan Pertubuhan Anak Yatim Miskin Kelantan (PAYATIM Kelantan). Keperluan ini bagi memastikan pesakit kronik dan terlantar dalam kalangan asnaf, fakir, dan miskin menerima rawatan yang sempurna mengikut nasihat pegawai perubatan. Ramai dalam kalangan mereka ini gagal hadir ke hospital atau klinik untuk mendapatkan rawatan susulan akibat masalah pengangkutan.
Akibat kemampuan mereka terbatas untuk membayar tambang pengangkutan khusus OKU terlantar yang terpaksa menggunakan pengusung, maka mereka memerlukan kenderaan yang mempunyai kemudahan sepertimana ambulan. Caj tambang yang selalu dikenakan bermula dari RM250 dan ke atas mengikut jarak dan masa menunggu bagi setiap kali ke hospital atau klinik.
Ramai daripada golongan yang tidak berkemampuan untuk membayar terpaksa berserah kepada takdir. Pesakit yang paling ramai sekali tidak menjalani rawatan adalah yang terpaksa membuat dialisis, kerana prosesnya terlalu kerap kali ke hospital.
Kami berharap dengan adanya kemudahan ambulan sendiri, kami dapat bantu golongan ini sekaligus penderitaan pesakit ini dapat dikurangkan. Buat pengetahuan, kos sebuah ambulan adalah RM160,000 (harga Ogos 2024) dan jumlah yang diperlukan sekarang adalah RM320,000.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Aug 29, 2024
NURUL
Menyumbang sebanyak RM10.00
Aug 29, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM500.00
Aug 29, 2024