INFAQ SEDEKAH BARANGAN DAPUR UNTUK ANAK ANAK YATIM MISKIN

RM963 / 32.10 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

67 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Kami menyeru individu, keluarga, syarikat, dan komuniti untuk bersama-sama melabur dalam saham akhirat ini. Sumbangan anda akan membantu memberikan kehidupan yang lebih baik kepada anak-anak yatim.


Ayuh bersama-sama menjayakan Kempen Sumbangan Barang Dapur khusus untuk anak-anak yatim. Anak-anak yatim adalah amanah kita bersama, dan memastikan mereka mendapat bekalan makanan yang mencukupi dan berkhasiat adalah tanggungjawab masyarakat. Sumbangan anda bukan sahaja mengisi perut mereka, malah membawa senyuman dan rasa dihargai.



Sumbangan barang dapur anda, walau sekecil mana pun akan membawa kebaikan yang besar dan impak positif yang mendalam kepada anak-anak yatim. Anak-anak yatim akan sentiasa mempunyai makanan yang cukup untuk setiap hidangan, mengelakkan mereka daripada kelaparan atau kekurangan nutrisi.



Bekalan barang dapur adalah nadi utama sesebuah pusat jagaan anak yatim. Tanpa sumbangan berterusan, pengurusan pusat akan berdepan cabaran besar untuk menyediakan makanan harian yang cukup dan seimbang. Sumbangan anda akan membantu menyediakan keperluan asas.


1. Beras

2. Minyak Masa

3. Gula dan Garam

4. Tepung Gandum

5. Telur, Ayam, Ikan Bilik Kering

6. Mi Segera/Mi Kering

7. Sos, Kicap, Sardin dalam Tin

8. Kopi, Teh, Milo

9. Biskut/Roti



Dengan bekalan yang berterusan, pihak pengurusan dapat merancang hidangan yang lebih seimbang dan berkhasiat, menyokong tumbesaran fizikal dan perkembangan mental mereka. Pusat-pusat jagaan anak yatim sering beroperasi dengan dana yang terhad. Sumbangan barang dapur secara langsung dapat mengurangkan perbelanjaan harian mereka, membolehkan dana dialihkan untuk keperluan lain seperti pendidikan, perubatan, atau aktiviti riadah.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 26, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 26, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Jun 26, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 26, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 25, 2025

Kempen Sumbangan Tamat