Persatuan Pengguna Islam Malaysia

Dimulakan pada Oct 27, 2021

KEMPEN INFAQ UNTUK RUMAH ANAK YATIM MAAHAD TAHFIZ DAN MASJID

RM259,824 / 100.01 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM259,800

8065 Penyumbang

Kempen Berjaya

Kongsi:

Tentang Kempen

Anak-anak yatim, anak tahfiz, anak asnaf, jemaah masjid / surau, penghuni pusat pengajian & rumah kebajikan yang kami santuni amat memerlukan bekalan sumber air bersih dan pastinya udara yang sihat.
KEMPEN INFAQ UNTUK RUMAH ANAK YATIM, MAAHAD TAHFIZ & MASJID

 Mungkin anda pernah tertanya-tanya, 
“Bagaimana aku boleh menumpang berkat mereka untuk bekal akhirat aku kelak?”
 
Anak-anak yatim, anak tahfiz, anak asnaf, jemaah masjid / surau, penghuni pusat pengajian & rumah kebajikan yang kami santuni amat memerlukan bekalan sumber air bersih dan pastinya udara yang sihat.
 
Untuk minum mereka,
Untuk ibadah mereka,
Untuk kesihatan jasmani mereka,
Untuk rohani mereka yang perlu dipelihara.

Bayangkan, jika kuman, bakteria dan virus tercetus di dalam air / udara di ruang kediaman padat mereka, pasti akan menimbulkan banyak permasalahan dan mampu mengancam nyawa mereka.

Siapa lagi yang boleh menjaga kebajikan mereka jika tidak kita? 

Setidak-tidaknya lebih baik kita yang membantu mereka mencegah daripada tidak berbuat apa-apa.

Dalam setiap urusan harian anak-anak yatim, anak tahfiz, jemaah masjid  yang mengalunkan bacaan al-quran mahupun dalam apa jua aktiviti lain disana, ada bahagian pahala Tuan/Puan yang membantu mereka melalui sumbangan wakaf penapis air dan/atau penapis udara yang mereka nikmati.

Dan firman Allah Subhanahu Wa Taala yang bermaksud : –

﴿ لَن تَنَالُواْ ٱلۡبِرَّ حَتَّىٰ تُنفِقُواْ مِمَّا تُحِبُّونَ‌ۚ وَمَا تُنفِقُواْ مِن شَىۡءٍ۬ فَإِنَّ ٱللَّهَ بِهِۦ عَلِيمٌ۬﴾
سورة آل عمران : ۹۲

Mafhumnya:-

“ Kamu tidak sekali-kali akan mencapai kebaikan (yang sempurna) sehingga kamu dermakan sebahagian daripada apa yang kamu sayangi, dan apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah Maha Mengetahui.”

 Surah Ali Imran – Ayat 92

Al-Rafi’i  telah mentafsirkan maksud kebajikan di dalam ayat di atas adalah WAKAF iaitu satu-satunya ibadah yang dapat dikategorikan sebagai sedekah jariah kerana kebajikan yang diperolehi oleh pewakaf adalah ganjaran pahala yang berterusan walaupun pewakafnya telah meninggal dunia dan selagi mana harta yang diwakafkan tersebut terus kekal dan dimanfaatkan.

Anda juga boleh menghadiahkan wakaf penapis air atau/dan penapis udara ini atas nama sendiri, ibu bapa, ahli keluarga atau saudara mara sama ada yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia.

Kami menyasarkan dana sejumlah RM 173,200 untuk dipasang sama ada di rumah anak-anak yatim, maahad tahfiz, masjid/surau, pusat pengajian dan rumah-rumah kebajikan seluruh Malaysia mengikut keperluan tempat tersebut.

Dana ini adalah termasuk kos pengurusan, penghantaran, pemasangan, penyelenggaraan, pemasaran dan lain-lain kos untuk menjayakan kempen ini.
 
Sepertimana mengalirnya air bersih dan udara sihat yang anak-anak / jemaah ini nikmati kelak, kami doakan semoga begitulah tanpa henti pahala mengalir dalam saham akhirat Tuan/Puan.

Semoga Allah merahmati anda.

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

  • Apr 22, 2022


  • Apr 22, 2022


  • Apr 22, 2022


  • Apr 22, 2022


  • Apr 22, 2022


Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

MAYA MAHMUD

Menyumbang sebanyak RM100.00

Jan 28, 2022

HJ ATTAMAN ABDULLAH

Menyumbang sebanyak RM100.00

Jan 28, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Jan 28, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 28, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Jan 28, 2022

Kempen Sumbangan Tamat