BANTU PERJUANGAN ABANG MAN DAN KAK ZAH

RM595 / 19.83 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

27 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Mari kita bersama-sama menjadi sebahagian daripada mata rantai kebaikan ini. Sumbangan infaq dan sedekah anda adalah bukti kasih sayang dan keprihatinan kita terhadap Abang Man dan Kak Zah.


Abang Man berusia 60-an tiada pendapatan tetap manakala Kak Zah, isterinya, pula uzur dan tidak mampu lagi bekerja. Mereka tinggal di sebuah rumah usang yang serba kekurangan di kawasan Batu Pahat dengan pendapatan yang tidak menentu dan tiada sokongan tetap, setiap hari adalah perjuangan bagi mereka untuk mendapatkan keperluan asas seperti makanan, ubat-ubatan, dan perbelanjaan harian.



Keadaan mereka yang uzur dan kekurangan sumber pendapatan meletakkan mereka dalam kategori asnaf yang sangat memerlukan bantuan dan keprihatinan daripada masyarakat. Tujuan program ini adalah untuk membantu Abang Man dan Kak Zah menampung kos sara hidup harian, termasuk makanan berkhasiat, minuman, bil utiliti, serta keperluan peribadi serta mengurangkan beban kos ubat-ubatan dan rawatan susulan Abang Man dan Kak Zah.



Sebagai ahli masyarakat kita memastikan mereka dapat menjalani hari-hari mereka dengan lebih selesa, selamat, dan bermaruah. Membuka peluang kepada masyarakat untuk menunaikan tuntutan bersedekah dan berinfaq, terutamanya kepada golongan asnaf yang disebut dalam Al-Quran.



Nabi Muhammad SAW bersabda: "Sedekah itu memadamkan dosa sebagaimana air memadamkan api." (HR. Tirmizi).



Setiap sumbangan anda, walau sekecil mana pun, adalah permata yang akan membantu menerangi kehidupan Abang Man dan Kak Zah. Sumbangan anda bukan sahaja meringankan beban duniawi mereka, tetapi juga menjadi saham akhirat yang berpanjangan untuk anda. Semoga Allah SWT menerima setiap kebaikan yang anda hulurkan dan memberkati rezeki anda. Terima kasih atas keprihatinan dan sumbangan murni anda.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Laporan Kempen

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 27, 2025

HAMBA ALLAH

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 27, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 27, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Jun 27, 2025

HUMAIRAH

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 27, 2025

Kempen Sumbangan Tamat