INFAQ BANTU ASNAF YANG DAIF

Dimulakan pada:
20 Sep, 2022
INFAQ BANTU ASNAF YANG DAIF
54.10%
RM2,705
/RM5,000
129
penyumbang
-
baki hari

Tentang Kempen

Bantu asnaf daif ini segera! Semoga kempen infaq ini akan berjaya dalam kita bersama membuat saham akhirat bukan hanya untuk kita malah untuk ahli keluarga yang kita sayangi sekali.

Kami sebagai satu persatuan kebajikan sedaya upaya untuk membantu masyarakat khususnya di zon tengah Sarawak dan sekitarnya. Kami dengan rasa rendah diri berharap dapat bersama-sama Tuan/ Puan/ Dato/ Datin agar dapat membantu meringankan beban saudara kita yang tinggal di rumah yang sangat-sangat uzur dan memerlukan pembaikan segera seperti penukaran atap. Keadaan yang usang ini amat berbahaya bagi beliau, isteri beliau dan juga cucunya yang masih kecil.

Keadaan dapur dan bilik mandi yang sangat-sangat membahayakan.

Tempat mereka tidur dan melihat kepada keadaan pun pasti mereka berasa kurang selesa. Pakcik ini tinggal hanya bersama dengan cucu dan isteri beliau. Dana RM5,000.00 tersebut akan digunakan untuk membaik pulih atap rumah dan juga menukar lantai yang benar-benar rosak. Bukan itu sahaja, pembelian kemudahan seperti tilam yang baru akan turut diusahakan dan juga selebihnya wang akan diserahkan kepada beliau untuk membeli keperluan makanan yang lain.

Harta tidak akan berkurang dengan sedekah. Dan seorang hamba yang bersedekah pasti akan Allah tambahkan kewibawaan baginya.” (HR. Muslim, no. 2588). 

Sabda Rasulullah SAW: "Sesungguhnya sedekah seseorang muslim itu memanjangkan umur dan mencegah dari mati dalam keadaan buruk dan Allah Taala pula menghapuskan sikap sombong dan membangga diri si penderma dengan sebab sedekahnya."( Hadis Riwayat Tabrani)

Jom #BuatBaik!

Laporan Kempen

25 Oct 2022

24 OKTOBER 2022

Sejumlah wang hasil sumbangan orang ramai telah digunakan untuk membeli makanan asas dan juga pakaian serta RM 500 telah diserahkan kepada pakcik berkenaan di kediaman sementara beliau di Jalan Salim, Sibu. Kebakaran yang berlaku 10 hari lepas telah memusnahkan rumah beliau dan juga segala barangan beliau. Oleh yang demikian, wang hasil sumbangan orang ramai dengan jumlah yang terkumpul telah digunakan bagi menyediakan sedikit keperluan asas bagi beliau dan cucunya serta menyerahkan sedikit wang tunai untuk digunakan beliau bagi menampung sewa rumah sementara menunggu untuk tindakan lanjut bagi menggantikan rumah berkenaan.

15 Oct 2022

14 OKTOBER 2022

Telah berlaku satu kejadian luar jangka apabila rumah yang didiami pakcik ini bersama cucunya telah terlibat dalam satu kebakaran yang melibatkan 7 buah keluarga keseluruhannya. Kejadian yang berlaku menyebabkan rumah beliau serta keluarga yang lain di bersebelahan juga turut musnah keseluruhannya. Oleh yang demikian, wang terkumpul sebanyak RM 1000 diserahkan kepada beliau semalam bagi menguruskan urusan penyewaan bilik sementara bagi mereka berteduh.

InshaAllah bantuan selanjutkan akan kami usahakan dalam memastikan segala kebajikan pakcik ini akan terjaga.

Rujukan Terkini

Tiada Rujukan Terkini

Belum ada yang merujuk kempen ini

!
Anda merasa kempen mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Senarai Penyumbang

Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Oct 29, 2022
MURNI ANUAR
Menyumbang sebanyak RM10.00
Oct 29, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Oct 29, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM50.00
Oct 28, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Oct 28, 2022

Kongsi kempen

Whatsapp
Telegram
Lain-lain

Kempen yang mungkin anda berminat

DANA PEMBELIAN VAN UNTUK PELAJAR TAHFIZ DAN KEGIATAN KEAGAMAAN LPQ AL HUDA
INFAQ BEKALAN MAKANAN DAN KEPERLUAN ASAS ANAK YATIM TERABAI
INFAQ AIR MINUMAN IFTAR PELAJAR TAHFIZ
BERKONGSI REZEKI SOKONG KEHIDUPAN AZHARY DAN YATIM PIATU TERBIAR
INFAQ SOKONG KEHIDUPAN ANAK YATIM PIATU YANG SEDANG SAKIT
Kempen Sumbangan Tamat