PERTUBUHAN KEMANUSIAAN TANPA SEMPADAN

Dimulakan pada Feb 15, 2024

BINA SEMULA ASRAMA ULUM ARABIAH UNTUK PUSAT PENGAJIAN ULUM ARABIAH

RM30 / 0.06 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM50,000

3 Penyumbang

30 Baki Hari

Kongsi:

Tentang Kempen

Pusat Pengajian Ulum Arabiah (PUSPAH) terletak di sungai darak, kuala ketil, Kedah. Mereka memerlukan bantuan dana bagi membaik pulih asrama pelajar mereka yang sudah rosak, usang dan kurang selesa.


Infaq Baik Pulih Asrama merupakan projek penambahbaikan yang kita lakukan setelah satu projek air bersih kita berjaya laksanakan sebelum ini untuk Pusat Pengajian Ulum Arabiah. Dengan siapnya projek ini akan memberi 1,000 kebaikan. Puat Pengajian Ulum Arabiah memerlukan sokongan dana bantuan untuk merealisasikan Projek Infaq Baik Pulih Asrama ini dapat digunakan oleh anak-anak tahfiz sekurang-kurangnya ketika Aidilfitri nanti.



Dana diperlukan untuk Projek Baik Pulih ini sangat tinggi


Pusat Pengajian Ulum Arabiah Anak Yatim, Asnaf dan Warga emas terletak di Kampung Sungai Darak, Kuala Ketil, Kedah. Pusat pengajian ini merupakan sebuah institusi pendidikan Islam yang berteraskan pembelajaran tahfiz menggunakan kitab-kitab turath (kitab kuning). 



Selain itu, pihak Pusat Pengajian Ulum Arabiah juga memberikan khidmat menjaga anak-anak yatim serta warga emas secara percuma. Kini pihak Ulum Arabiah sedang dalam proses menyiapkan beberapa lagi rumah untuk warga emas dan anak yatim berlindung di situ disamping memberikan peluang kepada guru-guru berbakti kepada Ulum Arabiah.




KENAPA MEREKA PERLUKAN BANTUAN PROJEK BAIK PULIH INI?


Pusat Pengajian Ulum Arabiah (PUSPAH) merupakan sekolah tahfiz dan pusat pengajian percuma khusus buat anak-anak yatim, asnaf dan kurang berkemampuan yang ingin belajar disana. Oleh kerana tiada sebarang yuran dikenakan kepada pelajar, dan kos sara hidup serta operasi Pusat Pengajian yang semakin tinggi menyebabkan PUSPAH kekurangan dana untuk membaik pulih asrama pelajar berkenaan yang sudah tertangguh bertahun-tahun lamanya.



Keadaan karpet yang uzur, rosak dan berpasir menyebabkan penyakit kulit serta gatal-gatal kepada pelajar.



Pelajar terpaksa berkongsi almari yang dalam keadaan uzur bertahun-tahun digunakan oleh pelbagai pelajar. Kemudian situasi pelajar tidur di tilam yang nipis dan mereka terpaksa berkongsi tilam walaupun dalam keadaan tidak selesa.



Almari uzur, usang, pecah dan berlubang.




MEREKA PERLU SEGERAKAN PROJEK INI


Mereka semua menerima manfaat daripada infaq yang kita alirkan kepada mereka. Kami mengalu-alukan tuan/puan yang berbesar hati untuk berinfaq bersama-sama dalam pembinaan projek telaga air ini, semoga ia menjadi saham akhirat kita kelak. Oleh itu, mudir Pusat Pengajian berkenaan mengambil inisiatif dengan menyeru semua masyarakat di Malaysia khususnya membantu meringankan beban pihak PUSPAH.



"Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai, setiap tangkai pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipat gandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi Meliputi ilmu pengetahuan-Nya." (Surah Al-Baqarah: 261)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Feb 23, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Feb 16, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Feb 16, 2024