Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH
Dimulakan pada May 23, 2025
RM235 / 7.83 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000
17 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Syarak telah menetapkan bahawa hanya sembelihan yang halal sahaja dibenarkan orang Islam makan kerana agama Islam adalah agama yang menitip beratkan makanan yang bersih, lagi halal. Bukan itu sahaja Islam menetapkan tatacara penyembelihan haiwan ternakan supaya halal dimakan. Namun, bersesuaian dengan syarak juga adalah haiwan itu tidak ‘menderita’ saat berlaku penyembelihan.
Tahukah bahawa ayam adalah sumber protein yang paling digemari, dan setiap saat, lebih 2,000 ekor ayam disembelih di seluruh dunia. Di Malaysia, ada kajian mengatakan bahawa rakyat makan lebih 1.8 juta ekor ayam sehari.

Lantas, penting untuk kita memastikan bahawa ayam yang kita dapatkan di mana-mana saja itu adalah halal kerana melalui proses penyembelihan yang mengikut syarak.
Memetik informasi tentang syarat-syarat penyembelihan daripada Jakim dalah seperti berikut,
1. Binatang halal masih hidup yang sempurna ketika disembelih (hayat mustaqirrah).
2. Binatang sihat dan tidak mendatangkan mudarat (berpenyakit, residu kepada orang yang memakannya).
3. Menggunakan alat sembelihan yang bersesuaian seperti pisau yang tajam agar tidak mengakibatkan haiwan tersiksa kerana alat itu boleh melukakan dan mengalirkan darah haiwan sembelihan.
4. Putus halqum dan urat mari’ dengan sebab penyembelihan (sebaiknya putus empat urat termasuk wadajain).
5. Mati dengan sekali sembelihan sahaja.
6. Sembelihan dilakukan kerana Allah.

Islam juga menetapkan bahawa haiwan yang haram dimakan seperti dalam penjelasan al-Quran iaitu, bangkai, haiwan sembelihan bukan kerana Allah, haiwan yang dicekik, haiwan yang dipukul, haiwan yang jatuh, haiwan yang ditanduk, haiwan yang dimakan haiwan buas dan haiwan sembelih untuk berhala.

Oleh itu, pihak Maahad Tahfiz Al-Quran Nurul Hidayah berhasrat membuka peluang infaq untuk mendapatkan 150 ekor ayam hidup bagi tujuan melatih 60 pelajar tahfiz kami lelaki dan perempuan di sini dengan ilmu Sembelihan Ayam Hidup bagi tujuan pendedahan kepada mereka pentingnya mendapat makanan yang halal lagi bersih dan menepati kehendak syarak.
Insya-Allah dengan makanan yang halal akan memberi kekuatan dan dorongan kebajikan ibadah kepada kita untuk beramal dengan amalan soleh yang membawa ketaatan kepada Allah SWT dan Rasul.

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
May 28, 2025
MOHD FUAD BIN ABDUL HAZIZ
Menyumbang sebanyak RM10.00
May 27, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
May 27, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
May 27, 2025
DIANA
Menyumbang sebanyak RM20.00
May 27, 2025