Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
RM60 / 1.20 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM5,000
4 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Di sekeliling kita, masih ramai warga emas, kakek, dan nenek yang harus berjuang menjalani hidup seorang diri. Ada yang hidup tanpa anak, tanpa perhatian, dan tanpa sesiapa yang merawat mereka. Kisah ini juga dialami oleh Nenek Umi dan Nenek Ahen, dua warga emas yang rutin disokong oleh ASAR Humanity.

Baru-baru ini, pasukan ASAR Humanity mengunjungi mereka di rumah masing-masing. Kedatangan kami disambut dengan penuh kegembiraan. Dalam kunjungan tersebut, kami menyerahkan bantuan berupa pek pangan, beras, dan tilam baharu, kerana nenek tidak memiliki tilam yang selesa untuk beristirahat.

Namun, masih ramai warga emas seperti Nenek Umi dan Nenek Ahen yang memerlukan bantuan kita. Mereka hanya mengharapkan sedikit perhatian dan sokongan untuk menjalani hari-hari tua mereka dengan lebih bermaruah.

Sedikit sumbangan daripada anda dapat memberikan mereka makanan yang layak, tempat tinggal yang lebih selesa, dan semangat untuk terus menjalani kehidupan. Semoga setiap infaq yang kita salurkan menjadi amal jariah yang mengalir tanpa henti. Bersama, kita boleh membawa sinar bahagia kepada mereka yang paling memerlukannya.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Alhamdulillah,
Sebelum ini, pasukan ASAR Humanity telah berjaya menghantarkan agihan makanan asas untuk dua orang warga emas di Lombok.

Dahulu, mereka tinggal di sebuah gubuk yang sering terjejas banjir. Alhamdulillah, kini mereka telah berpindah ke rumah saudara yang sudi membantu. Walaupun hanya tinggal di satu kamar kecil, kedua-duanya tampak lebih sihat dan gembira.

Jom, teruskan sokongan anda untuk membahagiakan lebih ramai warga emas melalui kempen ini.
https://sumbangan.com/bantuanmakananasnafmiskin2
Sedekah kecil anda mampu membawa perubahan besar dalam hidup mereka. 🤲❤️
#ASARHumanity #KempenBantuWargaEmas #BerkongsiRezeki #SedekahJariah