ASAR HUMANITY

Dimulakan pada Nov 03, 2023

INFAQ BAHAN API AMBULANS DAN PENJANA ELEKTRIK HOSPITAL GAZA

RM1,375 / 45.83 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

64 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Perlakuan zalim Zionis terhadap warga di Gaza menyekat juga perkhidmatan pengubatan mangsa akibat serangan. Jom jangan berhenti di sini, sediakan bahan api untuk ambulans dan hospital di Gaza!


Beberapa hari lalu kita dapatkan informasi bahwa penjana kuasa di Hospital Indonesia, hospital kedua terbesar di Gaza, telah kehabisan perkhidmatan akibat kehabisan bahan api. Ini bermakna tiada bekalan elektrik dan tiada lagi pembedahan, meletakkan nyawa individu dan pesakit yang cedera pada risiko yang teruk.



Hasbunallah wani’mal wakiil


Sudahlah lebih dari 2 jutaan warga di Gaza, diserang tanpa henti sejak 7 Oktober 2023, hospital terancam dihancurkan. Kini kesediaan perkhidmatan kesihatan pun Zionis batasi penyediaan bahan api penjananya. Ribuan rakyat biasa termasuk kanak-kanak dan warga emas memerlukan rawatan perubatan segera. Pemotongan bekalan elektrik dan bahan api penjana menyebabkan beberapa hospital tidak dapat menjalankan prosedur perubatan yang boleh menyelamatkan nyawa. Ini adalah bencana yang tidak sepatutnya berlaku.



Kita tidak boleh berdiam diri dalam menghadapi penderitaan yang begitu besar. Kami menjemput anda untuk menyertai usaha membantu Gaza. Kami menggalakkan sumbangan bahan api untuk ambulans yang diperlukan segera supaya paramedik boleh terus bertindak balas dengan cepat kepada kecemasan perubatan yang sering mendesak. Kami juga meminta bantuan untuk menyediakan bahan api penjana kepada hospital, supaya prosedur perubatan kritikal dapat diteruskan.



Terus juga langitkan doa, karena sesungguhnya Allah SWT yang Maha Kuasa. Bermula dari RM10, kita akan membantu penyediaan bahan api ambulans dan hospital di Gaza. Kita tau sekatan Zionis menghambat datangnya pembukaan jalur di Rafah, namun kita tak boleh juga berdiam diri. Kita sediakan bantuan terbaik untuk membantu saudara-saudara kita yang berjuang untuk kemerdekaan Palestin dan pembebasan Masjid Al Aqsa.



Semoga Allah memberi perlindungan dan rahmat yang melimpah ruah kepada anda dan keluarga mereka. Jazakumullah khairan.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Nov 14, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Nov 10, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Nov 07, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Nov 07, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Nov 07, 2023

Kempen Sumbangan Tamat