Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH
Dimulakan pada Oct 09, 2025
RM465 / 4.65 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM10,000
27 Penyumbang
14 Baki Hari
Di sebalik ketenangan lantunan ayat suci Al-Quran, terdapat perjuangan para pelajar tahfiz yang tekun menuntut ilmu dalam keadaan serba sederhana. Asrama mereka iaitu tempat berehat selepas seharian menghafaz kalamullah.

Selain itu, asrama warden yang menjadi tempat tinggal guru pengawas pelajar juga memerlukan baik pulih bagi memastikan kebajikan mereka terpelihara. Warden memainkan peranan penting memantau keselamatan, disiplin, dan kebajikan pelajar setiap masa pada siang dan malam. Tanpa kediaman yang selesa, tanggungjawab ini menjadi semakin mencabar.

Justeru, kami menyeru seluruh masyarakat untuk bersama-sama menyertai Kempen Infaq Baik Pulih Asrama Pelajar & Asrama Warden Tahfiz. Dana yang dikumpul akan digunakan bagi kerja-kerja membaiki struktur bangunan, menukar dinding besi kepada dinding berbata. Di samping itu, daripada sumbangan ini akan digunakan bagi membayar kadar upah kepada pekerja yang seharian bekerja demi menyiapkan projek ini. Dengan pengubahsuaian bilik asrama ini diharapkan pihak maahad akan mendapat kelulusan keselamatan daripada pihak bomba.

“Sesungguhnya sedekah itu dapat memadamkan kemurkaan Allah dan menolak kematian yang buruk.”
(Hadis Riwayat Tirmizi)
Ayuh, bermula RM10, kita bersama menjayakan kempen ini! Setiap sumbangan anda adalah pelaburan akhirat yang bernilai tinggi. Anda bukan sahaja membantu membaiki bangunan, tetapi turut membina masa depan para huffaz iaitu insan yang menghafaz dan menjaga Kalamullah.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Alhamdulillah syukur kepada Allah SWT dengan limpah kurnia Nya ,berkat sumbangan Tuan2 dan Puan2 pembinaan asrama tahfiz kian sempurna.
Walau bagaimanapun, kerja-kerja pembinaan masih berjalan dan pada saat ini .


Kami sangat mengalu-alukan sumbangan samaada kecil ataupun besar bagi merealisasikan impian anak tahfiz ini sebuah asrama yang selesa kepada para pejuang Al-Quran.
Assalamualaikum, alhamdulilah , beberapa hari berlalu , proses pembinaan dinding asrama sedang giat dijalankan.Ayuh sama-sama kita berganding bahu menyiapkan dinding asrama ini melalui kempen infaq ini.Mudah-mudahan ia menjadi jariah terbaik kita di alam akhirat sana.Amin.



Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Oct 23, 2025
HAMBA ALLAH
Menyumbang sebanyak RM25.00
Oct 21, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Oct 17, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM15.00
Oct 17, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Oct 16, 2025