ASAR HUMANITY

Dimulakan pada Oct 16, 2023

INFAQ BANTUAN BAJU HANGAT MENGHADAPI MUSIM SEJUK DI GAZA

RM370 / 12.33 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

21 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Mangsa serangan berterusan Zionis tak punya tempat berlindung dari panas dan sejuk. Jom bantu hantarkan baju hangat untuk menghadapi musim sejuk yang sebentar lagi datang!


Sehingga berita ini ditulis, direkodkan 2,750 orang telah terkorban dan lebih 9,700 lagi cedera akibat serangan Zionis sejak 7 Oktober lalu. Ini juga mengakibatkan beribu-ribu rumah dan kem pelarian Palestin musnah teruk. Setakat ini, mereka yang terselamat masih mencari tempat perlindungan yang lebih selamat.



Sebahagian dari mereka tidur di halaman depan rumah sakit dengan alas seadanya. Ada juga yang tinggal di sekolah milik pertubuhan bangsa-bangsa bersatu yang juga tak luput dari serangan. Sementara yang lainnya masih mencari tempat perlindungan juga. Masih ada ke tempat yang terjamin selamat di Gaza ini?



Musim sejuk di Gaza adalah masa yang penuh dengan cabaran untuk beribu-ribu pelarian yang mengalami penderitaan. Apabila suhu menurun, keperluan untuk pakaian hangat menjadi lebih mendesak terutamanya bagi mereka yang kehilangan rumah dan harta benda akibat penjajahan Zionis. Ini bertujuan untuk mengumpul pakaian hangat dan memberi bantuan kepada pelarian Gaza supaya mereka dapat mengharungi musim sejuk dengan lebih selesa.



Musim sejuk di Gaza biasanya berlangsung dari November hingga Mac. Suhu udara di Gaza boleh mencecah 12 darjah Celsius pada waktu malam. Bagi pelarian yang tinggal di tempat perlindungan yang tidak mencukupi, ini sememangnya satu cabaran tersendiri.



Inilah masanya untuk kita bersatu dan berkongsi kesejukan bersama mereka. Kempen ini menjemput anda untuk menjadi sebahagian daripada penyelesaian. Mulai dari RM10 inshaAllah bersama-sama, kita boleh memberikan bantuan yang amat diperlukan dalam bentuk pakaian hangat kepada mereka yang memerlukan dan dengan berbuat demikian, anda membantu mereka melalui musim sejuk dengan lebih selesa dan selamat.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM20.00

Oct 17, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 17, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 17, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 17, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 17, 2023

Kempen Sumbangan Tamat