INFAQ BAKUL MAKANAN UNTUK ANAK YATIM DAN ASNAF 2025

RM1,087 / 21.74 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM5,000

58 Penyumbang

44 Baki Hari

Kongsi:

Tentang Kempen

Kami mewakili penduduk tempatan di Sarawak berusaha membantu mereka yang memerlukan di kawasan kami supaya tiada yang tercicir. Jom bantu kami!


Anak yatim dan asnaf seringkali terpinggir dalam memenuhi keperluan asas seperti makanan. Melalui kempen ini, kita ingin memastikan mereka mendapat bekalan makanan diperlukan. Setiap bakul makanan mewakili kasih sayang dan keprihatinan kita sebagai umat Islam.



ANTARA SUMBANGAN YANG DISERAHKAN PADA BULAN RAMADHAN YANG LEPAS


Kami berharap kempen kali ini turut akan berjaya dan dapat memanfaatkan lebih ramai penerima. Kempen bakul makanan ini biasanya dianjurkan oleh organisasi bukan kerajaan (NGO), persatuan komuniti, atau pihak kerajaan tempatan. Tujuannya adalah untuk memastikan golongan yang kurang berkemampuan, seperti mereka yang kehilangan pekerjaan atau pendapatan, dapat menerima bantuan yang diperlukan untuk menampung keperluan harian.



ANTARA PENERIMA YANG MENERIMA BAKUL MAKANAN HASIL INFAQ ORANG RAMAI PADA RAMADHAN YANG LEPAS


Oleh itu, kami melancarkan kempen "Infaq Bakul Makanan" sebagai usaha untuk membantu mereka yang memerlukan. Setiap sumbangan anda akan digunakan untuk menyediakan keperluan asas seperti beras, minyak, gula, tepung, dan barangan makanan lain bagi meringankan beban mereka sepanjang bulan yang mulia ini.



Jumlah kos sebanyak RM50 setiap pek, bantuan ini boleh meringankan beban keluarga yang terjejas. Mungkin bantuan ini tidaklah seberapa dan kekal lama. Namun, sedikit sebanyak kita yakin dengan usaha ini, ianya mampu meringankan beban mereka dalam meneruskan kehidupan seharian. Kami memohon jasa baik tuan/puan sekalian bersama kami menjayakan program bakul makanan ini lebih-lebih lagi dalam kita berusaha untuk membantu masyarakat kita yang memerlukan.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Laporan Kempen

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 25, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 25, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 25, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 25, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM14.00

Apr 25, 2025