INFAQ BAKUL MAKANAN UNTUK GOLONGAN YANG MEMERLUKAN FASA 3

RM1,340 / 44.67 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

50 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Moga kempen ini akan berjaya dan menjadi program berkala bagi kita semua untuk membantu meringankan beban mereka yang sangat memerlukan perhatian kita semua. Jom sumbang beras!


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Semoga kita semua kekal dalam rahmat Allah SWT. Kempen ini dilancarkan dengan satu tujuan sahaja iaitu bagi memastikan golongan sasaran iaitu golongan asnaf, ibu tunggal dan juga anak yatim ini dapat diringankan beban hidup mereka dengan sedikit bantuan. Mungkin bantuan ini tidaklah seberapa dan kekal lama, namun sedikit sebanyak kita yakin dengan usaha ini, ianya mampu meringankan beban mereka dalam meneruskan kehidupan seharian.


Pada penyerahan fasa yang lepas, pihak persatuan kami telah mengambil inisiatif sendiri dengan mengadakan kempen penyerahan 87 pek makanan asas kepada golongan sasaran ini di sekitar bandar Sibu. Namun, kali ini kami cuba memberi lebih dan tambahan jenis bantuan barangan untuk diagihkan kepada mereka yang memerlukan. Oleh yang demikian, kami mengajak Tuan/Puan untuk bersama kami dalam menceriakan mereka ini dengan sedikit bantuan untuk keperluan harian mereka.




Penyerahan yang berlangsung di kawasan sekitar Pulau Bruit, Daro


Kutipan pada fasa yang ke 2 

Pada fasa yang lepas, kami hanya mendapat sebanyak RM235 sahaja dan ianya tidak mencukupi untuk kami agihkan bakul makanan tersebut. Maka dengan itu kami melancarkan sumbangan ini bagi membolehkan bakul makanan tersebut dapat diagihkan dalam bulan syawal 1444H kelak.

Kami memohon jasa baik tuan puan sekalian bersama kami menjayakan program bakul makanan ini lebih-lebih lagi dalam kita berusahan untuk membantu masyarakat kita yang memerlukan. Dalam berbaki bulan Ramadhan ini, ayuhlah kita bersama menyumbang dan berharap agar sumbangan kita tersebut menjadi asbab kebaikan untuk kita dan seluruh ahli keluarga kita kelak.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

MUHAMMAD SAUFI BIN KAMALUDIN

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 19, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 16, 2023

YUSMI YUSOF

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 10, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 09, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 07, 2023

Kempen Sumbangan Tamat