INFAQ BAKUL MAKANAN UNTUK GOLONGAN YANG MEMERLUKAN DI SIBU

RM572 / 19.07 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

21 Penyumbang

17 Baki Hari

Kongsi:

Tentang Kempen

BANTU SELAGI BOLEH, INFAK BAKUL MAKANAN BUAT MEREKA YANG MEMERLUKAN DI SIBU. JOM BANTU KAMI!


Makanan merupakan suatu yang menjadi keperluan bagi kita sebagai manusia. Namun, tidak semua diantara kita yang bernasib baik mempunyai apa yang kita inginkan. Oleh itu, satu usaha kerjasama diantara kita semua perlu dipupuk agar kita dapat membantu mereka yang dalam kesempitan dan kesusahan ini agar mereka juga turut dapat merasa suasana kehidupan yang lebih baik.



Alhamdulillah hasil kutipan pada kempen yang lepas dapat memanfaatkan hampir 60 orang penerima dan telah diagihkan secara berperingkat.

Seperti kebiasaannya, infaq bakul makanan ini dilakukan oleh pihak kami secara bulanan mahupun berkala dan program ini akan diteruskan bagi bulan-bulan yang mendatang. Ianya penting dalam usaha kami untuk membantu meringankan beban mereka yang benar-benar memerlukan terutamanya mereka yang dalam kategori miskin tegar di Sibu.



Beras yang dibeli dibawa untuk diagihkan kepada penerima yang benar-benar layak


Mungkin kita tidak dapat membantu semua akibat kekangan yang dihadapi, namun janganlah kita tinggalkan sebahagian untuk tidak dibantu dari segi pemberian bakul makanan asas ini dalam usaha mereka meneruskan kehidupan seharian mereka.



Bantuan diagihkan terus ke tempat penerima agar ianya lebih mudah

Dengan ratusan permohonan yang telah diterima, peruntukan yang besar diperlukan supaya lebih banyak keluarga boleh dibantu. Namun, kami sedar bahawa untuk memberi semua penerima dalam satu masa yang sama agak terbeban dan kami telah membuat senarai nama penjadualan unti agihan ini. Kami memohon jasa baik penderma sekalian bersama kami menjayakan program bakul makanan ini lebih-lebih lagi dalam kita berusaha untuk membantu masyarakat kita yang memerlukan.

Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Apr 30, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 29, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 27, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 27, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 26, 2024