BANTUAN 1 RAKYAT 1 RINGGIT

RM0 / 0.00 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM50,000

0 Penyumbang

333 Baki Hari

Kongsi:

Tentang Kempen

Kempen 1 Rakyat 1 Ringgit bertujuan mengumpul dana persatuan untuk misi keamanan dan kemanusiaan BANTU bagi tahun 2025.


Persatuan Misi Keamanan dan Bantuan Kemanusiaan Antarabangsa Malaysia (BANTU) melancarkan kempen 1 Rakyat 1 Ringgit dalam usaha mengumpul dana persatuan bagi menjalankan misi keamanan dan kemanusiaan di dalam dan luar negara.



Persediaan awal menghadapi monsun timur laut, hujan berterusan di penghujung tahun memungkinkan akan berlaku banjir di beberapa negeri. BANTU Malaysia membuat persediaan awal dalam menghadapi banjir dan pasca banjir.



Ziarah kasih dan menyantuni fakir miskin di lapan daerah termiskin di Sabah serta siri jelajah bantuan bakul makanan untuk fakir miskin di Semenanjung pada awal 2025.



Program berterusan menyantuni dan memberi makan gelandangan di ibu negara.



Ziarah kasih pondok pengajian dan pusat tahfiz untuk bantuan berkaitan prasarana serta bantuan lain.



Peduli dan membantu warga emas terbiar


Takwim aktiviti BANTU Malaysia 2024/2025


1. Persediaan awal menghadapi banjir hujung tahun

2. Gunting rambut kepada anak anak sekolah (program kembali bergaya ke sekolah)

3. Bantuan beg dan kasut sekolah kepada pelajar terpilih

4. Ziarah kasih golongan fakir miskin di lapan daerah termiskin di Sabah

5. Siri jelajah kemanusiaan untuk bantuan kepada fakir miskin Semenanjung

6. Peduli tahfiz dan pondok pengajian

7. Sumbangan Al Quran untuk masjid dan surau terpilih

8. Bakul kasih ramadhan untuk fakir miskin

9. Iftar ramadhan bersama pelajar Tahfiz Al Habbah

10. Sumbangan untuk masyarakat dunia berbuka puasa di Mekah

11. Meriah raya bersama anak anak asnaf (Sumbangan baju raya)

12. Meninjau kem pelarian di Bangladesh

13. Bantuan kemanusiaan Palestin, Syria, Yaman dan misi kemanusiaan di negara yang berlaku bencana 

14. Persidangan NGO Asean

15. Majlis makan malam tautan kasih

16. Zirah kerjasama Ngo Malaysia bersama NGO Indonesia



Misi keamanan dan kemanusiaan di luar negara



BANTU memohon sokongan dari seluruh rakyat Malaysia dan masyarakat dunia yang bermurah hati untuk bersama membantu pihak yang memerlukan bantuan. Pelbagai program yang telah, sedang, dan akan dilaksanakan pada penghujung 2024 dan tahun 2025.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Tiada doa

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Tiada sumbangan