ASAR HUMANITY

Dimulakan pada Sep 10, 2023

INFAQ BANTUAN KECEMASAN GEMPA BUMI MAGHRIBI

RM590 / 19.67 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

19 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Gegaran gempa bumi menghancurkan Maghribi, ribuan maut dan lainnya kritikal butuh pertolongan. Jom kita sama-sama hantarkan bantuan kecemasan membantu mereka yang kesulitan!


Bencana telah menggegarkan Afrika Utara. Gempa bumi dengan magnitud 6.8 telah menjejaskan keluarga di Marrakesh, Maghribi.


Innalillahi wainna ilaihi raajiun. Terdapat lebih 2,000 kematian dan ribuan lainnya dilaporkan cedera. Angka-angka ini meningkat dengan laju. Marrakesh ialah tapak UNESCO bersejarah dengan infrastruktur lapuk. Akibatnya, beberapa struktur runtuh menjadi habuk dan serpihan ketika gempa bumi melanda, memerangkap banyak keluarga di dalamnya. Lebih banyak gempa bumi dilaporkan dan masih terdapat banyak keluarga yang mencari segera untuk orang tersayang di kawasan berisiko tinggi ini.



Pasukan kecemasan berada di tempat kejadian mengeluarkan mayat dari kawasan terjejas dan membawa mereka ke hospital berdekatan. Dilaporkan mangsa terjejas berada di kawasan pergunungan dengan akses yang menyulitkan. Sehingga kini, pihak autoriti tidak berhenti melakukan usaha untuk penyelamatan walaupun butuh waktu. Ramai keluarga kehilangan segala-galanya. Mereka yang terselamat hanya tidur di jalanan dengan sehelai sepinggang sahaja.



Asar Humanity bersama dengan kongsi pertubuhan kemanusiaan setempat telah berkoordinasi untuk menghadirkan bantuan kepada mangsa terjejas bencana. Adapun bantuan yang paling urgent akan kami hantarkan antaranya seperti temporary shelter, makanan siap masak, air minum, tilam dan selimut, perkhidmatan kesihatan, perubatan dan kit kebersihan.



"Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertaqwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaNya (bagi sesiapa yang melanggar perintahNya)."

(Al-Maaidah 5:2)


Kami menjemput anda melakukan semampunya sahaja. Pada masa ini, doa dan sokongan anda amat berharga. Saudara-saudara kita berhak mendapat sokongan berterusan. Sokongan anda membolehkan kami membantu mereka yang terkesan.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 28, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 25, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 22, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 21, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM60.00

Sep 18, 2023

Kempen Sumbangan Tamat