ASAR HUMANITY

Dimulakan pada Apr 07, 2023

TABUNG INFAQ BANTUAN KECEMASAN PENYERANGAN DI MASJID AL AQSA

RM3,394 / 113.13 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

120 Penyumbang

Kempen Berjaya

Kongsi:

Tentang Kempen

Jangan biarkan saudara di Palestina berjuang sendiri. Jom kirimkan semangat dan bantuan kita menyokong perjuangan mereka!


Innalillahi wainna ilaihi raajiun. Terjadi lagi di bulan suci Ramadan!


Pada malam hari Selasa 4 April 2023, pasukan tentara Zionis mencegah dan melukai jemaah dan warga Palestin yang hendak masuk untuk solat tarawih di Masjid Al Aqsa. Situasi semakin memanas ketika tentara laknat memasuki Masjid Qibli dan menahan seramai 400 orang jemaah. Jemaah dilempari gas pemedih mata dan dipukul tanpa kasihan.




Ya Allah, sungguh biadab tentara Israel ini!


Di bulan suci ini bahkan mereka melarang umat Muslim di Palestin untuk beritikaf dan beribadah di Masjid Al Aqsa. Sementara itu mereka menjaga dan membiarkan pasukan Yahudi untuk masuk ke dalam masjid. Diskriminasi yang tiada henti dialami umat Islam Palestin yang hendak memakmurkan dan menjaga Al Aqsa. Tanpa kasihan mereka juga merusak klinik di kawasan Masjidil Al Aqsa, bahkan mereka mencegah ambulans untuk menolong jemaah yang terluka parah.




Hasbunallah wanikmal wakiil, nikmal maulaa wanikmal nasiir.


Insya-Allah, Asar Humanity berkomitmen bersama saudara-saudara kita di Palestin selama Ramadan ini. Alhamdulillah, pasukan Asar dapat mengagihkan iftar kepada jemaah Masjid Al Aqsa semalam setelah penyerangan berakhir. Kami tetap berikhtiar menyampaikan amanah daripada orang baik.




Namun kebengisan Zionis tidak pernah berhenti, sampai saat ini pasukan Zionis masih membatasi warga Palestina untuk masuk ke Masjidil Al Aqsa. Sementara itu di Semenanjung Gaza, Israel melancarkan roket dan misil hingga terjadi ledakan sejak semalam. Tangisan anak kecil terdengar salah satunya anak Syeikh yang kami kenal saat ini sedang berada di Gaza.



Terus panjatkan doa anda untuk saudara kita di Palestin, semoga Allah SWT terus menjaga. Mari kita rapatkan barisan untuk menjaga saudara kita di sana. Kirimkan bantuan untuk menjaga saudara kita di sana. Insya-Allah sumbangan dari anda akan kami agihkan untuk perkhidmatan perawatan kesehatan, makanan iftar dan bantuan kecemasan lainnya. Semoga Allah limpahkan rahmat dan keberkahan kepada anda serta keluarga. Jazakumullah khairan.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 16, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM20.00

Apr 15, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 15, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 14, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 14, 2023

Kempen Sumbangan Tamat