ASAR HUMANITY

Dimulakan pada Oct 18, 2023

INFAQ BANTUAN PERALATAN BELAJAR SELEPAS MAAHAD TERBAKAR

RM160 / 5.33 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

16 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Jom bantu pelajar maahad dhuafa mangsa kebakaran ini mendapatkan peralatan belajar dan pengajian yang baru!


Melancarkan kembali kempen untuk Maahad Al-Ansor yang terbakar terawal September lepas. Hampir tiada apa-apa lagi selepas kebakaran itu. Walaupun tiada kemalangan jiwa dalam kejadian ini, pelajar Maahad Al-Ansor kini bergelut dengan aktiviti pembelajaran dan kehidupan seharian.



Seramai 100 pelajar yang berasal dari keluarga dhuafa bermukim di sini. Walaupun tiada mangsa kematian yang berlaku dalam kejadian ini, namun pelajar Maahad Al-Ansor kini menghadapi masalah dalam aktiviti pembelajaran dan kehidupan seharian. Sebagian besar kitab pengajian, Al Quran, baju dan peralatan solat dimakan api. Hanya sedikit barang yang dapat diselamatkan.



Asar Humanity menjemput anda untuk membantu Maahad Al-Ansor. Setiap sumbangan amat bermakna dan akan digunakan untuk membeli bahan binaan, peralatan pendidikan, buku dan Al-Quran untuk pelajar-pelajar ini. Marilah kita bersama-sama membantu Maahad Al-Ansor bangkit daripada kesusahan ini. Sokongan anda akan membawa harapan baru kepada pelajar yang berusaha untuk mencapai pendidikan yang lebih baik dan masa depan yang lebih cerah.



InshaAllah, bermula dari RM10 sahaja, kami akan mengutip sumbangan anda untuk membeli Al-Quran, buku, bahan pembelajaran dan banyak lagi. Bantuan ini supaya mereka boleh belajar menjadi individu yang berjaya, berilmu dan berakhlak mulia sebagai generasi Al-Quran.



“Apabila anak adam (manusia) telah meninggal dunia, maka terputuslah amalnya darinya, kecuali tiga perkara, yaitu sedekah jariyah (sedekah yang pahalanya terus mengalir), ilmu yang bermanfaat, atau anak saleh yang selalu mendoakannya.” (HR Muslim No. 1631)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Doa-Doa #Penyumbang

Tiada doa

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 18, 2023

Kempen Sumbangan Tamat