Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
RM625 / 20.83 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000
29 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Di tengah-tengah serangan dan sekatan yang melumpuhkan Gaza, fakta yang membimbangkan telah muncul iaitu 71% penduduk Gaza sedang mengalami kelaparan yang teruk. Hanya 2% daripada mereka boleh mengakses makanan yang mencukupi, dan 64% terpaksa bergantung kepada buah-buahan atau barangan yang telah tamat tempoh untuk memenuhi kelaparan mereka. Wilayah utara Semenanjung Gaza bahkan mencapai titik terendah, di mana penduduk tidak mempunyai akses kepada makanan untuk terus hidup.
Kajian EuroMedHR melukiskan gambaran yang dahsyat tentang realiti di Gaza, di mana penduduk menghadapi ancaman sebenar serangan dan kebuluran Zionis. Mereka bukan sahaja mempertahankan diri daripada bom, mereka juga terpaksa mempertahankan diri daripada kebuluran yang melanda tanah mereka. Pada masa ini, menjadi tanggungjawab kita untuk bersatu dan memberikan bantuan makanan segera kepada mereka yang memerlukannya.
Wilayah utara Semenanjung Gaza berada dalam situasi yang mengancam nyawa, di mana akses kepada makanan adalah keperluan mendesak. Kita tidak boleh membiarkan mana-mana saudara kita di sana diabaikan dan terpaksa bergantung kepada makanan yang telah tamat tempoh untuk terus hidup. Sudah tiba masanya untuk mengambilnya dengan serius.
Kata-kata "Jika kematian tidak datang dari serangan udara, ia akan datang dari kelaparan" harus memukul kita semua. Marilah kita bersama-sama memerangi ancaman kelaparan ini dan memberi harapan kepada mereka yang hidup dalam keputusasaan. Melalui sumbangan dan sokongan, kita boleh menjadi alat perubahan untuk meminimumkan risiko kematian akibat kebuluran di Gaza.
Asar Humanity menjemput anda semua untuk menderma mulai RM10, menyertai usaha mengumpul dana untuk menyediakan makanan melalui dapur masak, pemberian pakej makanan, bahan pembuatan roti bagi pelarian yang terjejas serangan di Gaza.
Walaupun kita sedar bahawa akses ke Gaza dihadkan oleh sekatan Zionis, kita tidak boleh berdiam diri. Saat ini, solidaritas kita adalah kekuatan terbesar. Mari bersatu untuk memberikan bantuan penyediaan makanan melalui operasi dapur umum, paket bahan pembuatan roti, dan juga pakt pangan yang paling mungkin diagihkan kepada pelarian seragan di Gaza, memastikan makanan sampai ke tangan saudara-saudara kita di Gaza.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Alhamdulillah ala kulli haal. Syukur ke hadrat Allah SWT melalui sokongan anda dan masyarakat lainnya, tim Asar Humanity di Palestin berjaya mengagihkan pakej makanan yang dihantar kepada saudara-saudara kita di Gaza yang bermukim sementara di kem pelarian kawasan perbatasan Rafah, Selatan Gaza. Barakallahu fiikum!
Mereka sangat menyambut baik bantuan dari anda. Sekatan dan penjajahan Zionis membuat mereka bermukim di kem dengan seadanya. Di bulan Ramadan ini seringnya mereka berpuasa tanpa berbuka karena tak ada makanan yang boleh dimakan. Alhamdulillah setakat ini adanya bantuan pakej makanan ini boleh jadi bekalan beberapa hari hadapan. Jazakumullah khairan ahsanal jazaa.
Semoga Allah SWT membalas setiap kebaikan yang telah dilakukan dan menjadikan amal ini sebagai ladang pahala, keberkahan dan rezeki yang akan terus berlipat ganda bagi anda dan keluarga. Aamiin yaa Mujibassailiin.
Jom teruskan doa dan sokongan terbaik bagi saudara-saudara kita di Gaza!
https://sumbangan.com/penganjur/asar-humanity
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jan 04, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jan 04, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM50.00
Jan 03, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Jan 03, 2024