Perkim Bandar Tasik Puteri

Dimulakan pada Feb 12, 2023

RAYUAN DERMA MUALLAF BERBAGI DI BULAN PUASA DAN RAYA

RM15,018 / 100.12 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM15,000

450 Penyumbang

Kempen Berjaya

Kongsi:

Tentang Kempen

Jom kejar Ramadhan dari sekarang! Anda infaq sekarang, dari 1 Ramadhan lagi infaq anda akan sampai kepada muallaf supaya mereka tidak keseorangan berpuasa dan raya.


Sedekah sekarang atau tunggu Ramadhan?


Assalamualaikum wbt. Sudah masuk Ramadhan barulah kita ramai-ramai mula menambah berbagai amalan termasuk sedekah Ramadhan. Tidak salah, itulah yang dianjurkan. Rugilah jika sudah Ramadhan tetapi amalannya sedikit.



Namun, NGO seperti PERKIM Bandar Tasik Puteri (PERKIM BTP) ini amat bergantung harap dengan sumbangan orang ramai untuk membawa muallaf dan asnaf mengejar bulan Ramadhan sama seperti kita semua yang lahir Islam atau telah lama Islam. Khususnya muallaf yang pertama kali akan berpuasa atau masih lemah dalam ilmu agama dan amal ibadah, akidah juga masih rapuh, di mana ramai pula daripada mereka yang miskin atau tiada kerja biasanya terpaksa berhenti kerana gangguan selepas memeluk Islam atau dipulaukan oleh keluarga kerana memeluk Islam.



Apa PERKIM BTP hendak buat?


Setiap tahun, kami menyediakan kemudahan, seperti barang dapur yang cukup untuk mereka bersahur dan berbuka dari 1 Ramadhan lagi. Juga kurma, cukup untuk iftar sebulan. PERKIM BTP juga akan bersahur, berpuasa, berbuka puasa serta solat tarawih bersama para muallaf dan asnaf. Ini satu bentuk bimbingan praktikal dilaksanakan setiap tahun.


Berikut adalah beberapa perancangan kami untuk Ramadhan tahun ini pada 19 Mac 2023 akan diadakan ceramah khas persediaan menyambut Ramadhan, disampaikan bekas Qadi Daerah dan memberi sumbangan barang dapur, kurma serta telekung dan sejadah kepada semua muallaf yang akan menyertai solat Tarawih berjemaah di PERKIM BTP.



Bermula Ramadhan, kami akan berbuka puasa bersama muallaf dan asnaf, solat Maghrib, Isyak dan tarawih berjemaah di PERKIM BTP sambil memberikan penerangan praktikal mengenai solat fardu dan solat tarawih serta tazkirah Ramadhan. Selain iftar, moreh juga akan disajikan untuk semua muallaf dan asnaf serta petugas PERKIM dan imam yang akan bimbing solat. pada 16 April 2023, muallaf miskin yang pertama kali akan menyambut hari raya akan dibawa untuk membeli baju raya termasuk anak-anak mereka. Anggaran seorang adalah RM250.


Pada 19 April 2023 akan diadakan ceramah khas adab-adab menyambut Hari Raya Aidilfitri oleh ustaz jemputan dan memberi sumbangan hari raya kepada muallaf dan asnaf. Kemudian, pada 1 syawal akan diadakan sambutan Hari Raya Aidilfitri dan rumah terbuka di mana muallaf yang tiada keluarga akan menyambut hari raya dengan tetamu-tetamu jemputan.



Muallaf sambut raya seorang diri?


Tahukah anda, ramai muallaf berhari raya seorang diri, dalam bilik sewa. Mereka tiada siapa untuk menyambut Hari Raya di kampung kerana keluarga mereka belum Islam. Jika bujang, amatlah terasa sedih pada hari lebaran, padahal kita dituntut bergembira pada hari lebaran. Kita adalah keluarga Islam mereka, bukankah begitu?


Kita yang sudah lama Islam sendiri tahu bahawa kita nampak keindahan Islam itu khususnya di bulan Ramadhan. Masjid dan surau akan penuh melimpah, tiba-tiba masjid dan surau 'hidup' dengan pelbagai aktiviti. Umat Islam pula amat pemurah di bulan ini. Jangan kita  biarkan muallaf kecewa dengan Islam!



Bagi kebanyakan muallaf, Ramadhan adalah amat menggerunkan. Ini kerana, mereka perlu berpuasa, sesuatu yang tidak pernah mereka merasai ketika belum Islam. Ramadhan juga menyedihkan kerana akan bersahur seorang diri dan berbuka puasa seorang diri. Jika yang satu keluarga memeluk Islam, alhamdulillah, lebih meriah Ramadhan dan Hari Raya mereka namun mereka perlu bimbingan dan didampingi selalu.



Biarlah mereka merasai keindahan Islam itu sama seperti kita. Kata orang putih, first impression mengenai Islam yang menarik dan menghiburkan mereka sehingga mereka lupa susahnya untuk berpuasa. Permulaan pengIslaman mereka adakala pahit, mereka diancam atau dipulaukan. Ada yang dipaksa berhenti kerja. Tetapi apabila umat Islam menunjukkan persaudaraan sebenar dengan membantu mereka, pahit itu menjadi satu pengalaman yang indah.



Buat pengetahuan anda semua, mereka tidak pernah rasa persaudaraan dalam agama lama mereka. Persaudaraan ini hanya wujud dalam Islam. Surah Al-Hujurat, 49:10 adalah dalilnya. Kenapa tidak tunggu 1 Ramadhan untuk bersedekah?


Apabila masuk Ramadhan, Nabi SAW bertambah lagi pemurah. Ini menunjukkan, Nabi SAW banyak bersedekah di luar Ramadhan juga.



Seperti disebut di atas, PERKIM BTP ingin menyalurkan bantuan dan melaksanakan aktiviti bersama muallaf supaya mereka tidak rasa berseorangan dari 1 Ramadhan lagi hingga sambutan Aidilfitri. Serahkan perkara ini kepada PERKIM BTP dengan menyumbang seikhlas hati. Ini hanya mampu dilakukan jika kami sudah ada dana paling lewat pada 30 Syaaban lagi. Bukan begitu?

Oleh itu, ayuh menyumbang seikhlas hati! Semoga Allah memberi kemurahan rezeki kepada para penyumbang yang dermawan.

Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Apr 02, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 02, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Apr 02, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 02, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Apr 02, 2023

Kempen Sumbangan Tamat