Di sebuah kampung kecil yang sunyi, tinggal seorang anak bernama Tiara, kini berusia 11 tahun. Sejak berumur 4 tahun, Tiara ditinggalkan oleh kedua ibu bapanya yang merantau menjadi pekerja migran.
Hari demi hari, tahun demi tahun berlalu…namun, mereka tidak pernah pulang. Kadang-kadang ada kiriman wang kecil, sekadar cukup untuk bertahan hidup.

Namun, yang mengisi kekosongan jiwa Tiara, yang menemani setiap tangis dan tawa, hanyalah neneknya yang tua, seorang wanita tabah yang bekerja keras mengutip apa sahaja yang ada di hutan, buah, daun, rotan, atau kayu kecil, untuk dijual demi sesuap rezeki.
Setiap pagi, Tiara akan bangun sebelum matahari terbit. Dengan tubuh kecilnya, dia akan mengikuti langkah neneknya ke hutan. Di situlah mereka menghabiskan hari, mencari rezeki dari alam, berharap ada yang boleh dijual untuk makan pada malamnya.

Ada hari mereka makan seadanya. Ada hari mereka hanya mampu menyediakan nasi dan mi segera, menu yang terlalu biasa bagi mereka. Namun yang paling merisaukan si nenek bukanlah lapar…
Tetapi, masa depan cucunya.
Neneknya berkata dengan suara yang bergetar, “Saya cuma mahu Tiara belajar tinggi… jangan hidup susah macam saya.”

Tiara, walaupun masih kecil, menyimpan impian besar. Dia mahu belajar, membaca, dan menjadi seseorang yang boleh membahagiakan neneknya.
Tetapi kemiskinan sering menjadi tembok yang sukar ditembus. Melalui kempen ini, kami ingin menghulurkan tangan kepada Tiara dan neneknya, agar mereka tidak perlu lagi bergelut sendirian.

Antara bantuan yang telah diberikan termasuk bekalan makanan asas, barangan dapur, serta sedikit sokongan kewangan untuk membantu kos persekolahan Tiara agar dia dapat terus belajar tanpa perlu terlalu risau tentang keperluan makan minum di rumah.

Tiara juga masih meneruskan persekolahannya dengan penuh semangat. Impiannya untuk belajar tinggi demi mengubah nasib keluarga tetap menyala, dan kini dia tahu bahawa ada insan-insan baik yang peduli terhadap masa depannya.

Setiap sumbangan yang diberikan bukan sahaja membantu dari sudut kewangan, tetapi juga menjadi sumber kekuatan dan harapan buat Tiara serta keluarganya untuk terus berjuang.
Kami amat menghargai setiap doa dan infaq yang disalurkan. Semoga segala kebaikan ini dibalas dengan ganjaran berlipat ganda dan menjadi asbab kesembuhan buat Tiara.
Tiada Rujukan Terkini
Belum ada yang merujuk kempen ini