Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH
Dimulakan pada Nov 21, 2024
RM510 / 17.00 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000
23 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Air merupakan satu anugerah daripada Allah SWT kepada makhluk-Nya di dunia ini. Air juga adalah sumber terpenting bagi manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan untuk meneruskan kehidupan. Bahkan, di dalam badan manusia itu sendiri 70 % daripadanya mengandungi cecair atau air. Tanpa air, sistem kehidupan manusia akan terjejas dan bakal mendatangkan kemudaratan pada tubuh manusia dan kerosakan pada habitat binatang dan pepohon.

Dalam Islam, air berperanan dalam menjalankan ibadah seharian seperti wuduk, mandi, basuh pakaian dan lainnya. Oleh kerana itu, pihak maahad mengalu-alukan sebarang sumbangan khususnya infaq bekalan air bersih bagi membantu anak-anak yatim dan asnaf agar mudah mendapat akses air bersih untuk beribadah dan menuntut ilmu yang merupakan amalan sangat mulia dan dianjurkan dalam Islam.
Sehubungan itu, maahad memerlukan dana untuk membekalkan air yang bersih kepada anak-anak tahfiz supaya mereka dapat menjalankan tujuan ibadah, makan, minum, cuci pakaian, membersihkan diri mereka dan lain-lain lagi kegunaan anak-anak yatim dan asnaf di sini.
"Sesungguhnya Sa'id Ubadah datang kepada Rasulullah ﷺ, lalu dia berkata: Wahai Rasulullah, sesungguhnya ibuku telah meninggal dunia, tetapi dia tidak memberi wasiat kepadaku. Bermanfaatkah baginya jika saya bersedekah atas namanya? Nabi bersabda: "Ya. Dan hendaklah kamu bersedekah dengan air." (HR. Thabrani)

Rasulullah SAW telah mengajarkan pentingnya sedekah air dan pahala daripada kebaikan ini boleh diniatkan untuk kedua orang tua kita yang telah meninggal kerana ia sebuah amal baik yang sangat dianjurkan dalam Islam. Ini adalah salah satu cara untuk berbuat baik kepada sesama manusia dan untuk meraih pahala daripada Allah SWT. Setiap sumbangan kalian sangat bermakna buat mereka di sini.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami