ASAR HUMANITY

Dimulakan pada Nov 20, 2023

INFAQ BEKALAN BAHAN PEMBUATAN ROTI UNTUK PELARIAN DI GAZA

RM202 / 6.73 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

18 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Terinspirasi dari semangat saling bantu dan saling memberi sesama pelarian untuk mengagihkan roti, jom kita hantarkan bekalan pembuatan roti sebagai persediaan makanan bagi pelarian serangan di Gaza!


Tuan dan Puan, setakat ini (20/11/2023) sudah memasuki hari ke-43 dari serangan keji Zionis ke atas Gaza sejak 7 Oktober lepas. Semakin teriris hati ini, karena kekejian ini hanya menjadi tontonan bagi penguasa dunia. Semalam Hospital Indonesia di Gaza diserang oleh tentera Zionis. Kejahatan dan pelanggaran terhadap hukum internasional ini sudah terjadi berterusan.




Begitu pula bombardir ke atas pemukiman warga meluas ke bagian tengah Gaza dan bagian selatan. Jumlah warga yang syahid bertambah dan juga mengakibatkan lainnya luka parah. Tuan dan Puan, mari terus langitkan doa kita kepada Allah SWT, memohon perlindungan, dan kebaikan bagi saudara kita di Palestin.


Asar Humanity tak akan bosan melancarkan kempen untuk berkongsi mendampingi saudara kita di sana. Belum cukup kuat raga ini berjuang bersama saudara kita di sana, kita tak boleh hanya diam. Sakit hati yang kita rasakan perlu juga dilampiaskan dengan sokongan berterusan. Melalui rezeki dan nikmat yang Allah SWT titipkan kepada kita, semoga salah satunya menjadi wasilah kita untuk membela kemerdekaan Palestina dan pembebasan Al Aqsa.



Kami kembali menjemput anda untuk menderma membantu menyediakan bahan makanan pembuatan roti, yang saat ini memungkinkan diagihkan kepada warga Gaza yang berlindung di kem pelarian. Walaupun dalam keadaan yang sulit, warga di kem pelarian bersama-sama saling membantu membuat roti. Memasak dengan ayu api, dan bahan makanan yang ada, kemudian mereka makan bersama dan juga untuk diagihkan kepada pelarian lainnya. Melihat semangat juang ini, kita terinspirasi terus juga membantu saudara kita di Palestin. Mulai sumbangan dari RM10, kita akan membantu menghantarkan bahan roti dan barang runcit lainnya untuk operasi dapur masak di kem pelarian.



Asar Humanity memegang amanah untuk terus menyalurkan kebaikan hati kepada yang memerlukan. Kami tak boleh bergerak sendiri tanpa sumbangan daripada Tuan dan Puan. Semoga Allah SWT merahmati anda dan keluarga anda. Jazakumullah khairan.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

NORDAZRINA BINTI DANIAL

Menyumbang sebanyak RM10.00

Nov 24, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM20.00

Nov 22, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Nov 21, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Nov 21, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Nov 21, 2023

Kempen Sumbangan Tamat