INFAQ BEKALAN MAKANAN DI PALESTIN RAMADHAN 1445H

RM3,007 / 100.23 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

70 Penyumbang

Kempen Berjaya

Kongsi:

Tentang Kempen

Ayuh rakyat Malaysia, saudara di Gaza memerlukan bantuan kecemasan terutamanya sokongan kewangan untuk bantuan makanan dan minuman menjelang Ramadhan. Jom bantu mereka!


Dalam kita bergembira menyambut bulan Ramadhan, jangan kita lupa akan saudara kita di bumi Palestin yang masih meneruskan perjuangan mereka untuk mempertahankan tanah suci tersebut bagi seluruh umat Islam di dunia. Dengan sekatan yang dikenakan dan juga kekurangan bantuan, maka menjadi tanggungjawab kita untuk menyumbang apa yang kita mampu agar kita tidak terkecuali dalam memastikan perjuangan tersebut akan dapat diteruskan.



Antara usaha kita bersama dalam memastikan kita dapat menyumbang dan membantu sedikit kepada saudara kita di sana.



PENDERITAAN SAUDARA KITA DI SANA TERUS MENJADI-JADI APABILA PUAK ZIONIS TERUS MEMBUNUH TANPA BELAS KASIHAN.


Jauh dari sudut hati kita semua umat Islam sangat mengharapkan agar gencatan senjata yang dalam tempoh yang lama dapat dilaksanakan agar saudara kita di sana dapat menyambut bulan Ramadhan dan Syawal ini dengan lebih tenang. Bukan itu sahaja, kita juga mengharapkan agar lebih banyak bantuan yang telah kita salurkan tersebut mudah dan lancar masuk ke dalam Palestin sebagai manfaat saudara kita di sana.



Dengan sokongan dari masyarakat khususnya kita di Malaysia, kita dapat membantu mangsa di Gaza menghadapi cabaran yang sukar dan memberikan mereka harapan untuk pemulihan dan kehidupan yang lebih baik. Sumbangan kewangan anda adalah langkah penting ke arah membantu mereka yang sangat memerlukan. Terima kasih atas sokongan anda.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM150.00

Apr 05, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM30.00

Apr 05, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 05, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 05, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Apr 05, 2024

Kempen Sumbangan Tamat