ASAR HUMANITY

Dimulakan pada Nov 24, 2023

TILAM DAN SELIMUT MUSIM SEJUK UNTUK PELARIAN GAZA

RM965 / 32.17 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

46 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Bukan waktu yang tepat kita boleh berhenti membela Palestin, jom mengagihkan bantuan untuk saudara di Gaza untuk bertahan hidup di musim sejuk!


Tuan dan Puan, sungguh tak bisa kita bayangkan makluman gencatan senjata yang disepakati semalam ditunda dan baru saja dilakukan hari ini. Semalam tentera pendudukan Israel mengebom Sekolah UNRWA Abu Hussein, yang menempatkan orang yang kehilangan tempat tinggal di kem Jabalia di utara Semenanjung Gaza. Apakah ini yang mereka maksudkan gencatan senjata?




Tepat pada jam 07.00 waktu Gaza hari ini 24 November, gencatan senjata dimulai. Dengan bermulanya gencatan senjata sementara, keluarga Palestin mula pulang ke rumah mereka yang mereka pindahkan akibat pencerobohan di Semenanjung Gaza. Belum warga bernafas lega, Zionis masih saja mengancam mereka. Menurut Al Jazeera, pendudukan Zionis mengeluarkan risalah yang memberi amaran kepada pelarian supaya tidak berpindah ke utara Gaza.


Hasbunallah wani’mal wakiil.


Semoga tidak ada lagi kejahatan yang menimpa saudara kita di Palestina seterusnya. Pada masa ini kita pun tak boleh berhenti menyokong Palestina, teruskan bercakap tentang Palestina di media sosial anda. Jangan kita pernah bosan membela Palestin kerana itulah tujuan dari Zionis. Kita tak boleh berhenti di sini.



Lebih 14 ribu orang telah meninggal dunia, termasuk kanak-kanak, manakala mangsa yang terselamat cuba mencari perlindungan di tempat yang semakin terhad di wilayah ini. Jutaan rakyat Gaza sedang mengalami krisis kemanusiaan yang mendalam, mewujudkan keperluan mendesak untuk bantuan kelangsungan hidup mereka. Terutama di musim dingin yang sudah datang ini. Salah satu tantangan utama selama musim sejuk di Gaza adalah curah hujan. Tak ada rumah, dan tempat berlindung yang patut, saudara kita di Palestin membutuhkan kita.



Asar Humanity menjemput anda untuk menderma semampu rezeki yang boleh dikeluarkan untuk membantu keluarga miskin di Gaza melalui musim sejuk. InshaAllah sumbangan dari Anda akan diagihkan dalam bentuk tilam, selimut, kemah, dan persediaan bekalan musim sejuk.


Bersama-sama, kita boleh memberi harapan dan sokongan kepada mereka yang memperjuangkan kemerdekaan Palestin dan pembebasan Masjid Al Aqsa. Semoga Allah SWT melindungi anda dan keluarga. InshaAllah pahala dan rezeki akan digandakan keberkahannya. Jazakumullah khairan.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 04, 2023

HAMBA ALLAH

Menyumbang sebanyak RM25.00

Nov 28, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Nov 27, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Nov 27, 2023

ARIEL

Menyumbang sebanyak RM10.00

Nov 27, 2023

Kempen Sumbangan Tamat