Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH
Dimulakan pada Jan 09, 2025
RM280 / 9.33 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000
23 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Dunia adalah tempat ujian bagi setiap manusia. Setiap kita tidak pernah terlepas daripada ujian hidup sama ada berbentuk kemiskinanan, masalah kesihatan, masalah rumah tangga dan sebagainya. Kita harus berjuang menghadapi ujian yang telah ditaqdirkan oleh Allah SWT dengan penuh kesabaran dan yakin bahawa setiap apa yang berlaku pasti ada hikmah dan rahsia yang Allah SWT sembunyikan. Ujian seperti kesakitan misalnya menjadi kafarah keampunan daripada dosa-dosa yang sebelumnya.

Kebelakangan ini, ramai pelajar kami diuji dengan masalah kesihatan yang memerlukan rawatan perubatan segera. Keadaan ini semakin mendesak kerana kekurangan bekalan ubatan. Pihak maahad mengajak saudara dan saudari yang dirahmati Allah SWT untuk menyumbang bagi membantu menanggung kos perubatan para pelajar tahfiz miskin di saat mereka diduga dengan masalah kesihatan.
Melalui sumbangan ini, pihak maahad berusaha mendapat bekalan rawatan serta ubat-ubatan di farmasi atau klinik swasta yang terdekat. Misalnya, adik Syafiq ini yang menghadapi masalah sakit gigi, gatal mata dan resdung. Penyakit yang dihadapi ini sedikit sebanyak boleh mengganggu tumpuan pembelajarannya dalam menghafal Al-Quran. Pihak maahad berusaha membeli ubat-ubatan yang didapati di farmasi yang berhampiran. Beliau merupakan salah seorang anak yatim yang menuntut ilmu di sini.
Ayuh, kita bersama-sama membantu anak-anak tahfiz di sini yang kebanyakannya terdiri daripada anak yatim dan asnaf ini dalam kempen infaq kos perubatan. Sumbangan yang ikhlas daripada tuan-tuan dan puan-puan ini bakal mengukir senyuman dan kegembiraan buat mereka agar lebih bersemangat dalam menghafal Al-Quran dan menuntut ilmu.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
UMAYAH BINTI KASTARI
Menyumbang sebanyak RM25.00
Jan 11, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM15.00
Jan 11, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jan 11, 2025