ASAR HUMANITY

Dimulakan pada Nov 30, 2023

INFAQ BEKALAN ROTI UNTUK PELARIAN SERANGAN DI GAZA

RM437 / 14.57 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

23 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Semangat menolong dan berkongsi sebagaiamana sesama pelarian untuk mengagihkan roti, jom bantu hantar bekalan membuat roti sebagai usaha menyediakan makanan bagi menghadapi serangan ke atas Gaza!


Memasuki Gaza adalah cabaran yang luar biasa sukar, memandangkan bilangan orang yang memerlukan bantuan makanan mencecah jutaan orang. Oleh itu, kami telah melancarkan kempen untuk memastikan bekalan makanan terutamanya roti tersedia. Walaupun tempoh gencatan senjata sudah berjalan selama 7 hari, serangan berterusan dan pelanggaran perjanjian oleh pihak Zionis telah menyebabkan peningkatan penderitaan dalam kalangan penduduk Gaza.



Kekangan akses yang masih dihadapi oleh masyarakat setempat menjadikannya semakin sukar untuk menyampaikan bantuan dan perkhidmatan kecemasan. Jenayah dan pelanggaran undang-undang antarabangsa ini berlaku secara berterusan.



Asar Humanity tetap berkomitmen untuk terus melancarkan kempen solidariti bersama saudara-saudara kita di sana. Walaupun fizikal ini tak dapat bersama mereka, kita tidak boleh hanya berdiam diri. Kesakitan di hati perlu dilepaskan melalui sokongan berterusan. Dengan rezeki dan nikmat yang Allah SWT kurniakan kepada kita, semoga kita dapat menjadi orang tengah untuk mempertahankan kemerdekaan Palestin dan pembebasan Al Aqsa.



Kami menjemput anda sekali lagi untuk menderma bagi membantu menyediakan makanan, terutama untuk membuat roti, yang kini boleh diagihkan kepada warga Gaza yang setakat ini. Walaupun dalam keadaan sukar, pelarian dengan semangat gotong-royong membantu antara satu sama lain dalam proses membuat roti. Dengan api dari peralatan makanan sederhana sebagaimana adanya, mereka menggunakan bahan makanan sedia ada untuk dimasak bersama.


Kemudian, mereka makan bersama dan mengagihkannya kepada rakan pelarian. Diilhamkan oleh semangat penentangan ini, kami terus berusaha untuk membantu saudara-saudara kami di Palestin. Bermula daripada sumbangan RM10, kami akan membantu menghantar roti dan keperluan asas lain untuk menyokong bekalan makanan untuk saudara kita.



Asar Humanity memegang amanah untuk terus menyalurkan kebaikan hati kepada yang memerlukan. Kami tak boleh bergerak sendiri tanpa sumbangan daripada Tuan dan Puan. Semoga Allah SWT merahmati anda dan keluarga anda. Jazakumullah khairan.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

MUHAMMAD TAUFIK

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 12, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 11, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 05, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM20.00

Dec 05, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM12.00

Dec 04, 2023

Kempen Sumbangan Tamat