MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH

Dimulakan pada Dec 17, 2024

VAN BARU BAGI KEMUDAHAN ANAK TAHFIZ YATIM DAN ASNAF

RM460 / 0.23 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM200,000

26 Penyumbang

44 Baki Hari

Kongsi:

Tentang Kempen

CURAHKAN KASIH KEPADA ANAK-ANAK PENGHAFAZ AL-QURAN YANG TERDIRI DARIPADA ANAK YATIM ASNAF DALAM INFAQ PEMBELIAN VAN BARU.


Assalamualaikum wbt, Maahad Tahfiz Al-Quran Nurul Hidayah merupakan sebuah institusi pengajian tahfiz Al-Quran yang sudah 15 tahun beroperasi. Pelajar di maahad ini terdiri daripada 46 orang pelajar yang kebanyakannya daripada anak-anak yatim dan asnaf serta golongan yang kurang berkemampuan. Pihak maahad berusaha menyediakan pendidikan dan kemudahan yang terbaik agar anak-anak tahfiz ini dapat belajar dalam kondisi yang baik dan selesa.



Walau bagaimanapun, pihak maahad mengalami kekangan dana dalam usaha membeli van baru untuk kegunaan para pelajar maahad kami. Pada ketika ini, pihak maahad menggunakan van yang sedia ada untuk membawa para pelajar ke masjid untuk solat Jumaat, jemputan solat jenazah, majlis kenduri, jemputan majlis kesyukuran, lawatan ilmiah dan lain-lain.


Buat masa ini, van yang digunakan oleh pihak maahad ialah 3 buah van. Van ini semuanya sudah lama dan uzur serta sering berlaku kerosakan. Pihak maahad kadang kala terpaksa memperuntukkan kos yang tinggi dalam membaik pulih kerosakan van-van tersebut. Selain van digunakan untuk tujuan pengangkutan, van yang uzur ini turut digunakan bagi memuatkan barangan keperluan asas seperti beras, ikan, ayam, sayur-sayuran dan sebagainya yang telah dibelikan di pasar.


Sehubungan itu, pihak kami berhasrat untuk mengajak tuan-tuan dan puan sekalian sama-sama berinfaq bagi membeli van baru demi kemudahan dan keselesaan buat anak-anak tahfiz, yatim dan asnaf ini. Sumbangan yang dihulurkan bukan sahaja membantu meringankan beban pihak maahad dalam menghadirkan sebuah van yang baru bahkan menjadi saham akhirat yang mana akan memperolehi pahala yang mengalir selagimana ia dimanfaatkan lebih-lebih lagi untuk anak-anak tahfiz, yatim dan asnaf ini.



Marilah kita menanam benih saham akhirat bagi pembelian van baru dianggarkan bernilai, RM117,000 mudah-mudahan kehidupan diberkati dan dirahmati Allah SWT. Didoakan semoga semua penyumbang dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur dan dipermudahkan segala urusan.

Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Laporan Kempen

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Dec 18, 2024

MUHAMMAD SAUFI BIN KAMALUDIN

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 18, 2024

ALIF

Menyumbang sebanyak RM20.00

Dec 18, 2024

RABIATUL ADAWIAH

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 18, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 18, 2024