MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH

Dimulakan pada Dec 10, 2022

BANTUAN INFAQ BERAS UNTUK ANAK TAHFIZ ASNAF DAN ANAK YATIM MISKIN

RM755 / 25.17 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

55 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

BANTULAH GOLONGAN PENCINTA AL QURAN INI DENGAN MENGHULURKAN SUMBANGAN IKHLAS DANA BERAS UNTUK KEPERLUAN PENUNTUT DISINI. JADIKAN HARTA DUNIA MENJADI SAHAM AKHIRAT YANG KEKAL.


Rebutlah kesempatan untuk bersedekah kepada maahad tahfiz asnaf dan anak yatim ini. Kami merayu semua muslimin dan muslimat menghulurkan dana agar kami dapat membeli beras dan barang basah dapur secepat yang mungkin.


“Barangsiapa yang memberi makan kepada seorang mukmin hingga membuatnya kenyang dari rasa lapar, maka Allah akan memasukkannya ke dalam salah satu pintu surga yang tidak dimasuki oleh orang lain.” (HR. Thabrani)



Jadi, ‘buka mata’ dan lihat orang sekeliling kita yang mungkin sedang diuji, dan inilah peluang kita meraih pahala besar dengan segera memberikan bantuan khususnya makanan kepada mereka yang mungkin sedang menangis kelaparan. Pihak maahad membuka infaq saham akhirat berbentuk dana untuk membeli beras untuk keperluan anak-anak penuntut maahad kami disini terdiri daripada kebanyakkan anak asnaf miskin dan anak-anak yatim.


Paling mudah dan terbaik yang boleh kita lakukan untuk membantu golongan ini adalah dengan memberi sedekah beras. Apatah lagi nasi adalah makanan ruji rakyat Malaysia. Dalam pada memberi sedekah beras, adalah elok sekiranya kita memberi beras yang terbaik dan berkualiti tinggi.



Mengambil ibrah dari kisah Habil dan Qabil dalam surah Al-Maidah ayat 27, ketika diminta mempersembahkan barangan terbaik mereka untuk mendampingkan diri kepada Allah, Habil telah memberikan kambing yang gemuk dan sihat sehingga Allah memilihnya berbanding Qabil yang memberi tidak seikhlas hati. Firman Allah dalam Surah Al-Maidah ayat 27 bermaksud:


“Dan bacakanlah (wahai Muhammad) kepada mereka kisah (mengenai) dua orang anak Adam (Habil dan Qabil) yang berlaku dengan sebenarnya, iaitu ketika mereka berdua mempersembahkan satu persembahan korban (untuk mendampingkan diri kepada Allah). Lalu diterima korban salah seorang di antaranya (Habil) dan tidak diterima (korban) dari yang lain (Qabil).



Samalah ketika kita memberi sedekah, berilah beras yang terbaik dan berkualiti tinggi agar Allah melihat keikhlasan kita memberinya. Seperti sabda Rasullulah SAW:


ورجلٌ تصدَّق بصدقةٍ فأخفاها حتى لا تعلمَ شمالُه ما تنفقُ يمينُه


Yang bermaksud: “Seorang yang bersedekah dengan tangan kanannya, ia menyembunyikan amalnya itu sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang disedekahkan oleh tangan kanannya.”

(Riwayat Al-Bukhari)



Akhirkata, pihak maahad merayu kepada muslimin dan muslimat untuk sama-sama membantu atas jalan ketaqwaan kepada Allah SWT.


والصدقةُ تُطفِيءُ الخطيئةَ كما تُطفِيءُ الماءُ النارَ


Yang bermaksud: “Sedekah dapat menghapus dosa sebagaimana air memadamkan api.”

(Riwayat Al-Tirmizi)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 30, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 30, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 30, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 30, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 27, 2022

Kempen Sumbangan Tamat