INFAQ BERAS UNTUK ASNAF DAN IBU TUNGGAL BULAN DISEMBER

RM2,261 / 45.22 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM5,000

110 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Jom menyumbang ke kempen infaq beras! Moga kempen ini akan berjaya dan menjadi program bulanan bagi kita semua untuk membantu meringankan beban mereka yang sangat memerlukan perhatian kita semua.


Alhamdulilah program pada bulan November telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada para penyumbang. Sebanyak 108 pek beras 10kg telah diagihkan kepada 108 penerima secara berperingkat oleh Tuan pengerusi dan juga wakil-wakil komuniti. Pada fasa pertama seramai 40 orang penerima telah menerima dan bakinya seramai 68 orang penerima telah kita agihkan melalui fasa kedua pengagihan.



Pengagihan untuk 40 penerima pertama melalui ketua yang telah dilantik.


Pihak kami percaya biarpun bantuan tersebut tidaklah begitu banyak, namun sedikit sebanyak apa yang kita bantu hasil sokongan daripada Tuan/Puan sekalian amatlah memberikan kesan yang besar kepada penerima tersebut untuk meringankan sedikit bebanan mereka. Sasaran kami pada bulan Disember ini ialah untuk memberikan kepada 130 penerima dan sebahagiannya ialah penerima yang sudah menerima dan tambahan penerima-penerima yang baharu.


Penyerahan kepada wakil penduduk di kawasan Kampung Bahagia Jaya yang merupakan antara kampung melayu di Sibu.


Penyerahan di Kampung Bruit, Daro sebanyak 50 pek beras.

“Harta tidak akan berkurang dengan sedekah. Dan seorang hamba yang bersedekah pasti akan Allah tambahkan kewibawaan baginya.”
(HR. Muslim, no. 2588).

Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 30, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 30, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Dec 30, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Dec 30, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 30, 2022

Kempen Sumbangan Tamat