INFAQ BERAS UNTUK ASNAF DAN IBU TUNGGAL BULAN MAC 2024

RM1,732 / 34.64 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM5,000

92 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Jom menyumbang ke kempen infaq beras! Moga kempen ini akan berjaya dan menjadi program bulanan bagi kita semua untuk membantu meringankan beban mereka yang sangat memerlukan perhatian kita semua.


Syukur alhamdulilah, program pada bulan Februari ini sebanyak 40 pek beras 10kg telah diagihkan pada 25 Februari 2024, Ahad yang lepas. Program ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada para penyumbang setiap bulan dan juga ianya telah memanfaatkan keluarga yang memerlukan biarpun hanya beras sahaja. Terdapat 2 lokasi utama telah dipilih iait sekitar bandar Sibu dan kawasan Daro.



Ini merupakan jumlah hasil sumbangan orang ramai untuk diinfaqkan kepada mereka yang benar-benar layak sahaja.


Program yang sudah kami jalankan bermula daripada penghujung tahun 2022 ini sedikit sebanyak telah mencapai lebih 1,000 pek beras yang kita agihkan kepada penerima yang benar-benar layak. InshaAllah program ini akan kita teruskan untuk kita pastikan lebih banyak menerima manfaat infaq beras ini bagi kegunaan harian mereka. Hal ini kerana kami yakin dan percaya bahawa sekecil-kecil usaha kami ini mampu memberi seribu makna kepada mereka yang memerlukan. Program ini bukan sekadar hanya pemberian beras semata-mata, namun ianya juga menjadi platform untuk kami lebih dekat dan memahami keluh resah mereka yang dalam keadaan yang memerlukan ini.



Antara penerima yang berada di kawasan sekitar Sibu.



Penerima yang berada di kawasan Daro telah disampaikan oleh wakil persatuan.


Menjelang bulan Ramadhan yang tidak lama lagi, ayuhlah kita bersama dalam meningkatkan usaha dan amalan kita untuk membantu mereka yang kurang bernasib baik ini. Besar harapan kami agar di bulan Ramadhan nanti kita mampu memberikan kepada lebih ramai mereka yang layak.


“Harta tidak akan berkurang dengan sedekah. Dan seorang hamba yang bersedekah pasti akan Allah tambahkan kewibawaan baginya.” (HR. Muslim, no. 2588)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

MOHD FAISAL BIN DIN

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 30, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 30, 2024

ABDULLAH

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 29, 2024

MUHAMMAD SHAFIQ SARAWANAN ABDULLAH

Menyumbang sebanyak RM100.00

Mar 29, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 29, 2024

Kempen Sumbangan Tamat