INFAQ BERAS UNTUK ASNAF DAN IBU TUNGGAL BULAN MEI 2023

RM1,630 / 54.33 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

105 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Jom menyumbang ke kempen infaq beras! Moga kempen ini akan berjaya dan menjadi program bulanan bagi kita semua untuk membantu meringankan beban mereka yang sangat memerlukan perhatian kita semua.


Syukur ke hadrat Illahi, dengan izinnya Alhamdulilah program beras yang dianjurkan bermula pada September 2022 mampu diteruskan sehingga ke hari ini. Ia telah memberikan manfaat yang banyak penerima yang layak khususnya golongan asnaf dan mereka yang benar-benar memerlukan. Istimewanya pada kali ini ialah, pihak kami akan bekerjasama dengan beberapa surau di sekitar Sibu dan Daro untuk memastikan penerima yang akan menerima sumbangan ini terdiri daripada senarai nama yang telah disediakan oleh AJK surau berkenaan.



Simbolik penyerahan oleh Tuan Abdul Raafidin Majidi

Pada 19 April 2023, pihak kami telah mengagihkan lebih 50 pek beras 10kg kepada penerima yang benar-benar layak sahaja mengikut senarai dan data yang ada pada kami. Penyerahan telah dilakukan oleh tuan pengerusi sendiri kepada wakil penerima di kawasan berkenaan.


Bukan sahaja penduduk yang hanya tinggal di kawasan bandar menjadi penerima, malah mereka yang tinggal di kilang-kilang dan kampung-kampung menjadi keutamaan bagi pihak kami agar bantuan yang disampaikan benar-benar memberikan kesan yang baik.


Pihak kami percaya biarpun bantuan tersebut tidaklah begitu banyak, namun sedikit sebanyak apa yang kita bantu hasil sokongan daripada penyumbang sekalian amatlah memberikan kesan yang besar kepada penerima tersebut untuk meringankan sedikit bebanan mereka. Bagi memastikan tidak ada yang tercicir dan mereka yang benar-benar layak sahaja menerima, penerima perlu menurunkan tandatangan penerimaan agar bantuan untuk fasa seterusnya akan lebih mudah untuk diagihkan kepada mereka kelak.

“Harta tidak akan berkurang dengan sedekah. Dan seorang hamba yang bersedekah pasti akan Allah tambahkan kewibawaan baginya.”
(HR. Muslim, no. 2588)

Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 27, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 27, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

May 27, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

May 26, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

May 26, 2023

Kempen Sumbangan Tamat