INFAQ BERAS UNTUK ASNAF DAN IBU TUNGGAL BULAN NOVEMBER 2023

RM780 / 19.50 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM4,000

38 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Jom menyumbang ke kempen infaq beras! Moga kempen ini akan berjaya dan menjadi program bulanan bagi kita semua untuk membantu meringankan beban mereka yang sangat memerlukan perhatian kita semua.


Alhamdulilah program pada bulan Oktober sebanyak 35 pek beras 10kg telah diagihkan pada 29 Oktober 2023 yang lepas. Program ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada para penyumbang setiap bulan dan juga ianya telah memanfaatkan keluarga yang memerlukan biarpun hanya beras sahaja.



Jumlah kutipan yang berjaya dikumpul pada kempen bulan Oktober yang lepas

Dengan kenaikan harga beras di pasaran, pihak kami menyasarkan sasaran kutipan infaq RM4,000 sebulan memadai untuk mencapai objektif kempen ini yang kami jalankan secara bulanan. Kami berharap lebih banyak dermawan di luar sana akan turut bersama kami menjayakan kempen ini.


Kami konsisten untuk menjadikan ini program bulanan yang akan kami anjurkan kerana kami yakin bahawa biarpun ianya hanya satu pek beras sahaja, namun ia memberi makna yang sangat besar kepada penerima tersebut. Oleh itu, kami akan lakukan yang terbaik sambil disokong oleh anda sekalian dalam usaha kita bersama untuk membantu mereka yang memerlukan ini.


Antara penerima yang menerima bantuan pada 29 Oktober 2023 lalu

“Harta tidak akan berkurang dengan sedekah. Dan seorang hamba yang bersedekah pasti akan Allah tambahkan kewibawaan baginya.” (HR. Muslim, no. 2588)

Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

KP8855Q

Menyumbang sebanyak RM10.00

Nov 30, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Nov 30, 2023

ROMY AZHAR BIN ABDUL RAHIM

Menyumbang sebanyak RM10.00

Nov 30, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Nov 30, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Nov 29, 2023

Kempen Sumbangan Tamat