INFAQ BERAS UNTUK ASNAF DAN IBU TUNGGAL BULAN OKTOBER 2023

RM1,043 / 26.08 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM4,000

42 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Jom menyumbang ke kempen infaq beras! Moga kempen ini akan berjaya dan menjadi program bulanan bagi kita semua untuk membantu meringankan beban mereka yang sangat memerlukan perhatian kita semua.


Alhamdulilah program pada bulan September sebanyak 40 pek beras 10kg telah diagihkan pada 21 September 2023 yang lepas. Program ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada para penyumbang setiap bulan dan juga ianya telah memanfaatkan keluarga yang memerlukan biarpun hanya beras sahaja.



Pihak kami percaya biarpun bantuan tersebut tidaklah begitu banyak, namun sedikit sebanyak apa yang kita bantu hasil sokongan daripada penyumbang sekalian amatlah memberikan kesan yang besar kepada penerima tersebut untuk meringankan sedikit bebanan mereka. Bagi memastikan tidak ada yang tercicir dan mereka yang benar-benar layak sahaja menerima, penerima perlu menurunkan tandatangan penerimaan agar bantuan untuk fasa seterusnya akan lebih mudah untuk diagihkan kepada mereka kelak.



Antara penerima yang menerima bantuan pada 21 September 2023 lalu


Dengan kenaikan harga beras di pasaran, pihak kami menyasarkan sasaran kutipan infaq RM4,000 sebulan memadai untuk mencapai objektif kempen ini yang kami jalankan secara bulanan. Kami berharap lebih hanyak dermawan di luar sana akan turut bersama kami menjayakan kempen ini.



Jumlah yang berjaya dikumpul pada bulan september yang lepas


Kami konsisten untuk menjadikan ini program bulanan yang akan kami anjurkan kerana kami yakin bahawa biarpun ianya hanya satu pek beras sahaja, namun ia memberi makna yang sangat besar kepada penerima tersebut. Oleh itu, kami akan lakukan yang terbaik sambil disokong oleh anda sekalian dalam usaha kita bersama untuk membantu mereka yang memerlukan ini.


“Harta tidak akan berkurang dengan sedekah. Dan seorang hamba yang bersedekah pasti akan Allah tambahkan kewibawaan baginya.” (HR. Muslim, no. 2588)


Jom #BuatBaik!


Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM100.00

Oct 28, 2023

NIATI AZMI

Menyumbang sebanyak RM50.00

Oct 27, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM100.00

Oct 27, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Oct 27, 2023

SALEHUDIN DAN KELUARGA

Menyumbang sebanyak RM25.00

Oct 27, 2023

Kempen Sumbangan Tamat