ASAR HUMANITY

Dimulakan pada Mar 04, 2024

INFAQ BERAS UNTUK BEKALAN MAKANAN ASAS BULAN RAMADAN PELAJAR MAAHAD

RM245 / 8.17 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

17 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Ayuh bersama-sama meraih keberkatan dengan menderma harta untuk bekalan Ramadan beras dan makanan asas berkhasiat untuk ratusan pelajar di Maahad Al Azizi!


Ayuh sertai kempen ini untuk membawa bantuan beras dan makanan kepada anak-anak di Maahad Al Azizi, tempat cahaya ilmu terus menyinar walaupun tersorok di pedalaman. Di sana, berpuluh-puluh pelajar sedang bergelut untuk merealisasikan impian mereka untuk masa depan yang lebih baik.




Namun, di sebalik keghairahan mereka yang luar biasa, mereka menghadapi cabaran yang hebat. Pengasas Maahad Al Azizi terus bertungkus-lumus menyediakan makanan harian, yang menyokong kesejahteraan dan fokus pembelajaran pelajar. Pada masa ini, bantuan anda diperlukan untuk memastikan keperluan pemakanan harian mereka dipenuhi. Apa yang diperlukan?


1. Beras 2 tan

2. Minyak Masak 30 liter

3. Daging 10 kg

4. Sayur-sayuran, telur dan bahan makanan berkhasiat lain



Makan nasi sahaja membuatkan pelajar di Maahad Al Azizi berasa sangat bersyukur. Mari bantu mereka untuk fokus pada pembelajaran tanpa risau tentang kekurangan nutrien yang sangat diperlukan untuk pertumbuhan dan perkembangan mereka.



Dengan sumbangan serendah RM10, anda boleh menjadi sebahagian daripada gerakan ini untuk menghulurkan bantuan dalam bentuk beras. Insya-Allah, sekiranya jumlah sumbangan mencukupi, kita boleh meluaskan bantuan bagi memastikan keperluan pemakanan mereka dapat dipenuhi dengan lebih baik.



Maahad Al Azizi hanyalah salah satu contoh maahad yang mengutamakan pelajar muda, insya-Allah bantuan anda akan kami lebihkan lagi kepada maahad lain yang memerlukan. Semoga Allah SWT memberkati setiap langkah kebaikan yang kita lakukan.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

ARIFFIN BIN ABDUL GHANI

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 07, 2024

ZURAIDA

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 07, 2024

NOR AZLIN NORDIN

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 06, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM30.00

Mar 06, 2024

C.Z

Menyumbang sebanyak RM25.00

Mar 05, 2024

Kempen Sumbangan Tamat